Cari...

Info Menarik Pendidikan Psikologi Tips Menarik

Orang Yang Fahami Hati Seseorang Itu Adalah Seorang “Leader”

Kongsi

Fahami hati seseorang memang kadang-kadang sukar nak dibuat. Ada diantara kita mamang langsung tidak faham akan keadaaan seseorang itu. Faham bermaksud mengetahui segala-galanya apa yang sebenarnya yang berlaku bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia melakukan sesuatu pekerjaan.

Fahami Hati Orang Dapat Membuat Kita Selesa Untuk Bergaul

Diam Dan Dengar

fahami hati seseorang
Foto: peopletalkonline.ca

Apabila seseorang dalam kesulitan, hendaklah kita diam dan dengar apa yang di perkatakan. Apabila tahu apa yang terjadi, dalam keadaaan tenang, anda rangsangkan kata-kata motivasi yang positif. Jangan pula, bersifat negatif. Dalam permasalahan, pasti ada satu jawapan untuk nya. Dalam masa itu, kita mampu memahami situasi yang dialami olehnya. Apabila kita faham baru kita dapat memikirkan cara atau jalan penyelesaiannya.

Analisis Masalah Dan Cara Penyelesaian

Dalam menganalisis masalah, anda harus dalam keadaan tenang, supaya otak dapat berfikir dengan waras. Ingatlah unsur-unsur murni dalam diri supaya kita dapat mencapai kemurnian tersebut. Unsur seperti “Kau juga seperti aku”atau “kita sama” kerana kita manusia. Jalan pilihan yang salah boleh menyebabkan hala tuju hidup tersalah arah.

Hendaklah kita menolak segala-gala perkara yang negatif dan cari apa yang dapat membuatkan kawan atau sahabat kita jadi positif dan beralih kearah yang lebih baik. Dengan cara itu, anda sudah menjadi seorang kawan yang sangat memahami.

Cara Memahami Orang

1. Perhatikan gerak tubuhnya

fahami hati seseorang
Foto: workingmother.com

Gerakan tubuh tidak akan pernah berbohong, kalaupun berbohong yang harus anda tahu adalah gerak tubuh akan bekerja dengan ekstra untuk menutupi kebohongan mereka. Sehingga untuk memahami seseorang anda boleh melihat gerak tubuhnya.

Mereka yang bekerja dengan lambat tentu akan memiliki gerakan yang lembut , tidak mungkin kerjanya lambat namun gerakan tubuhnya sentiasa berjaga-jaga. Itu adalah dua karakter yang berlainan.

Baca juga  Daun Rerama Hijau Boleh Merawat Kanser Dan Pelbagai Penyakit

2. Lihat Cara Mereka Bercakap

fahami hati seseorang
Foto: twitter.com

Bercakap merupakan salah satu pertuturan seseorang dengan keadaan yang baik, tidak baik, sedang dalam tekanan, membual, berpengalaman, gugup dan sebagainya.

Ramai orang salah faham akan karakter si A kerana cara mereka bercakap yang kasar, atau sebaliknya ternyata di sebalik percakapan yang lembut tersembunyi identiti dan sikap yang menyeramkan.

Bagaimana mereka bercakap membantu anda dalam memahami orang lain, meskipun tidak 100% anda mampu mengetahuinya..

Seperti yang harus anda fahami manusia memang memiliki lidah yang tidak bertulang namun boleh jadi lebih tajam jika dibandingkan dengan pisau.

3. Membuat Pertanyaan

fahami hati seseorang
Foto: rlc.fi

Membuat pertanyaan boleh jadi cara yang paling baik untuk mengetahui dan memahami orang lain. Namun jika penyampaian anda salah maka akhirnya akan seperti soal siasat atau pertanyaan panjang yang seolah-olah anda ingin tahu kehidupan orang lain.

Memberikan pertanyaan sedikit namun mendalam lebih baik dan akan membuatkan ia berkembang dan mencapai satu matlamat yang baru.

4. Memahami Sudut Pandangan Orang

Foto: effictivemanagementleadership.com

Setiap orang memiliki sudut pandangan yang berbeza. Setiap pandangan mereka adalah melalui pengalaman mereka masing-masing. Kita mempunyai pengalaman hidup yang berbeza-beza, dan pengalaman itulah yang membuatkan ramai orang mempunyai pendapat masing-masing dan berbeza dari orang lain.

Salah satu faktor perbezaan pandangan adalah dari segi ilmunya. Kebanyakan orang yang tiada mempunyai ilmu yang banyak, sukar untuk menerima pendapat orang lain. Orang yang banyak ilmu di dadanya, sudah pasti tahu tentang ini dan mereka bersedia mendengar pendapat orang lain untuk menganalisis apa yang bermain di fikiran mereka.

Kesimpulan

Dalam memahami isi hati orang, janganlah pula kita mengambil kesempatan keatas kepercayaan seseorang itu. Kerana, seseorang yang memahami itu mampu memanipulasikan keadaan dengan kepercayaan yang ada disekelilingnya.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *