Cari...

Gaya Hidup

Nomophobia Tak Mampu Berjauhan Dengan Telefon Bimbit

Kongsi

Telefon bimbit sekarang terlalu canggih dan mempunyai banyak fungsi-fungsi tambahan yang membuatkan ramai yang terleka dengannya. Selain itu, penggunaan laman sosial melalui telefon bimbit juga menjadi trend terkini kerana sudah tidak perlu menggunakan komputer untuk mengakses ke laman sosial.

Penggunaan telefon pintar memudahkan ramai orang untuk berhubung sama ada dengan laman sosial, teks mesej atau panggilan video. Ada juga menggunakan telefon pintar untuk membuat kerja. Oleh itu, ramai yang menggunakan telefon pintar sukar untuk berjauhan apabila ia menjadi sebuah kepentingan dalam hidup.

Menurut petikkan dari wikipedia, Nomophobia adalah nama yang dicadangkan untuk orang fobia bila berjauhan dengan telefon bimbit. Ia telah dianggap sebagai gejala atau sindrom penggunaan media digital yang bermasalah dalam kesihatan mental.

Foto: wikipedia

Walaupun nomophobia tidak keluar dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima (DSM-5), ia telah dicadangkan sebagai “fobia khusus”, berdasarkan definisi yang diberikan dalam DSM-IV. Menurut faktor psikologi Bianchi dan Philips (2005), ia melibatkan penggunaan telefon bimbit terlalu kerap.

Nomophobia merupakan individu yang selalu mencari jaminan menggunakan telefon bimbit dengan cara yang tidak sesuai dan keperibadian yang ekstrovert (individu sosial secara semula jadi menggunakan telefon bimbit yang berlebihan).

Ia juga mungkin bahawa gejala-gejala nomofobik mungkin disebabkan oleh gangguan mental sebelum ini, dengan kemungkinan termasuk dalam fobia sosial atau gangguan kecemasan sosial, kegelisahan sosial, dan gangguan panik.

Kesimpulannya, seorang Nomophobia merupakan seorang yang mempunyai masalah mental yang harus di ubati dengan mengurangkan penggunaan telefon pintar secara meluas. Anda harus meluangkan sedikit masa untuk keluarga dan persekitaran supaya anda tidak terlalu bergantung harap pada telefon anda.

Baca juga  Ketahui Personaliti Melalui Pemakaian Cincin Di Jari
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *