Cari...

Gaya Hidup Kulinari Resepi

Nasi Lemak Makanan Melayu Paling Digemari Di Malaysia

Kongsi

Nasi lemak adalah satu hidangan tradisi masyarakat melayu suatu ketika dulu. Nasi lemak juga ada di negara Singapura dan Indonesia. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa untuk menambah rasa lemak pada nasi tersebut. Sebab itulah ia dipanggil Nasi Lemak. Untuk menambahkan lagi aroma nasi lemak, masyarakat melayu selalunya meletakkan pandan kedalam nasi tersebut supaya ianya berbau sangat wangi.

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng, kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

CARA MASAK NASI LEMAK YANG MUDAH & SEDAP.

BAHAN-BAHAN

  • Beras 3 cupak
  • Halia tumbuk
  • Daun pandan 5 helai gunting pendek-pendek
  • Santan 1 kotak
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara

1. Basuh & Sukat Beras

Begini cara saya sukat beras. Air akan ikut paras beras. Sama macam masak nasi putih juga.

Kalau tengok dalam gambar, beras saya lebih kurang 1 setengah ruas jari macam ni.

2. Sukat Air

Bila dah dapat sukatan beras, saya alihkan beras dalam bekas / penapis lain. Kemudian, periuk nasi tadi saya akan isikan dengan air ikut paras beras yang tadi.

Boleh tengok gambar di bawah. Tadi beras saya 1 setengah ruas jari, jadi sukatan air pun samalah banyak tu juga.

Baca juga  Sifat Cinta Jujur Seorang Wanita Dalam Hubungan

3. Masukkan Santan

Kemudian masukkan santan satu kotak. Tak kisahlah nak pakai santan jenis apa pun. Saya gunakan kotak yang kecil saja. Ini pun dah cukup rasa lemaknya.

Jangan bazirkan santan yang dalam kotak tu. Masukkan sedikit air ke dalam periuk dan goncang-goncangkan. Tuangkan semula air ke dalam periuk. Pastikan kotak santan tu dah dibasuh dulu.

4. Masukkan Halia

Seterusnya, masukkan halia yang dah diketuk lebih kurang banyak macam ni.

5. Masukkan Daun Pandan

Saya masukkan 5 helai daun pandan yang dipotong kecil begini.

6. Perasakan

Selepas itu perasakan dengan garam.

7. Masukkan Sedikit Minyak Masak

Untuk sukatan nasi 3 cupak tadi, saya gunakan minyak masak lebih kurang 3 sudu besar.

Fungsinya adalah untuk elakkan nasi lembik. Nanti hasilnya berderai elok sebiji-biji.

8. Tekan Butang ‘Cook’

Beginilah rupanya nanti bila dah masukkan semua bahan tadi. Dah boleh letak di rice cooker dan tekan butang ‘cook’. Tapi jangan masukkan beras dulu.

Kita tunggu menggelegak dulu air santan dan daun pandan semua ni supaya nasi lemak akan jadi wangi.

9. Masukkan Beras

Bila dah mula menggelegak, bolehlah masukkan beras yang dah dibasuh dan ditapis tadi.

Jangan sampai air santan menggelegak terlalu lama sebab nanti santan akan pecah. Tak cantik nasi tu nanti. Jadi kena selalu tengok-tengok periuk lepas tekan butang ‘cook’ ya.

10. Kacau Setiap 5 Minit Hingga Masak

Bila dah masukkan beras, sila kacau setiap 5 minit supaya semua nasi sekata dengan santannya.

Buatlah beberapa kali hingga nasi masak.

Cara Buat Sambal Tumis

1. Kisar

Mula-mula, kisarkan

  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia seinci
  • Belacan separuh tapak tangan (digoreng garing dahulu)
  • Ikan bilis segenggam (goreng dahulu) 
Baca juga  Pilih Perkara Yang Korang Suka Dalam 14 Hari Di Rumah

2. Tumis

Lepas kisar, tumiskan dengan minyak menggoreng ikan bilis tadi. Masa ini kalau ada yang suka bawang dalam sambal, boleh masukkan bawang yang dihiris dalam sambal. Ikan bilis pun boleh masuk sama.

Selepas bahan kisar dan nampak garing, masukkan pula cili kering (yang dah siap direbus dan kisar) dalam 6-7 senduk. Kacaukan sampai naik minyak. Guna api perlahan.

3. Perasakan

Bila dah naik minyak, perasakan dengan garam (suku sudu besar), gula (6-7 sudu besar), pes asam jawa (suku sudu besar), gula perang / gula melaka (2 sudu besar). Gula perang ni fungsinya nak bagi sambal tu berwarna cantik @ merah pekat.

4. Tunggu Mendidih

Kalau nak terus makan, boleh tutup api bila sambal dah mendidih. Kalau nak buat niaga, masak perlahan selama 2 jam supaya sambal tahan lama.

Sambil masak sambal boleh rebus telur sekali dekat sebelah.

Dah siap pun nasi lemak dan sambalnya. Beginilah hasilnya dan dah bolehlah makan. Tak kisahlah nak makan dengan ayam goreng ke, telur goreng, paru atau apa saja.

Insha Allah kalau ikut step-by-step ini, nasi lemak mesti menjadi.

Selamat mencuba dan silakan share!

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *