Connect with us

Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut

Kesihatan

Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut

Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut

Nasi kerabu merupakan sejenis nasi ulam dengan nasi bewarna biru. Sebut sahaja namanya, pasti semua dah terbang melayang-layang ke negeri yang popular dengan gelaran Serambi Mekah. Nasi kerabu adalah menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian.

Hidangan nasi kerabu yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.

Walaupun ada nasi kerabu bewarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna. Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).

Warna Biru Pada Nasi Kerabu Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan

Menurut kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang dan ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit. Antara khasiat-khasiat bunga telang adalah seperti berikut.

  1. Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
  2. Melawan sakit cancr dan pertumbuhannya.
  3. Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
  4. Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
  5. Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
  6. Anti-penuaan
  7. Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.

Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam menjadikan warna nasi hitam. Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya.

Baca juga  Maksud Di Sebalik Kedudukan Sudu Dan Garfu Selepas Makan

Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru. Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

Petikan dari laman petuaibu.com.

Baca Selanjutnya
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kesihatan

Advertisement

Trending

Advertisement
Advertisement
loading...
Advertisement
Ke Atas