Cari...

Kesihatan Tips Menarik

Nampak Tua Dari Usia, Mungkin Kamu Kerap Ambil 8 Makanan Ni

Kongsi
Foto: bukanaku.com

Setiap wanita mahu kelihatan cantik dan anggun sentiasa, mereka mahu tampil muda walaupun sudah lanjut usia. Namun, ada dikalangan kita yang nampak tua dari umur mereka.

Nampak tua sebelum usia adalah salah satu mimpi ngeri yang tidak seharusnya dialami oleh setiap wanita. Mungkin anda tidak perasan akan perkara ini. Faktor yang menyebabkan anda nampak cepat tua adalah gaya pemakanan anda.

Foto: tribunnews.com

Makanan merupakan sumber penting untuk badan mendapatkan nutrien, vitamin, mineral dan segala yang diperlukan oleh badan bagi menjalankan fungsinya dengan baik. Makanan juga bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian. Namun, kamu tahu ada beberapa makanan penyebab kamu kelihatan tua?

Jika kamu kerap mengambil makanan ini, maka tidak hairanlah kenapa kamu nampak tua.

Manis

Foto: gontornews.com

Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan kamu kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit.

Alkohol

Foto: goldfingers.cz

Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan. Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit. Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

Garam

Foto: supliergaram.blogspot.co.id

Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab anda kelihatan tua. Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin. Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak. Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut!

Baca juga  Daun Rerama Hijau Boleh Merawat Kanser Dan Pelbagai Penyakit

Hidangan Bakar/Panggang

Foto: says.com

Pasti kamu pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char. Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit rosak.

Daging diproses

Foto”: ceriteracintabalqis.blogspot.com

Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet  lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan. Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.

Daging merah

Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat. Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

Makanan bergoreng

Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera kegemaran ramai. Namun, sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab anda kelihatan tua. Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kafein

Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik – ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.


Pemakanan adalah faktor utama mengapa kulit anda cepat berkedut dan nampak lebih tua dari usia. Jika anda mahu mengubah penampilan anda, sebaiknya anda cuba mengawal cara makan anda. Sekian petikan dari hellodoktor.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *