Cari...

Sains unik

Naga Mirip “Nightfury” Di Temui Kepulauan Borneo

Kongsi

Naga? Mana tak terkejut bila ternampak binatang yang mirip “Nightfury” di kepulauan Borneo baru-baru ini. Spesis yang jarang nampak ini sangat memberi kejutan kepada para saintis kerana masih banyak binatang yang belum pernah di jumpai di dunia ini.

Bumi ini menyimpan terlalu banyak rahsia alam yang kita tidak tahu. Sehingga hari ini, saintis menjangkakan terdapat 8.7 juta spesies wujud di muka bumi, namun kita hanya telah berjaya membongkarkan 14 peratus spesies daratan dan 9 peratus spesies lautan daripada kesemua spesies yang wujud.

Para saintis sedang menjalankan kajian ke atas salah satu spesies unik yang hanya boleh ditemui di Kepulauan Borneo sahaja. Disebabkan itu, ia dinamakan Lanthanotus Borneensis.

Foto: siakapkeli.my

Lanthanotus merupakan spesies cicak yang dipanggil earless monitor lizard. Haiwan yang dikatakan kelihatan seperti naga ini merupakan haiwan yang ‘pemalu’ dan tergolong dalam spesies haiwan nokturnal, iaitu haiwan yang aktif pada waktu malam sahaja.

Lanthanotidae menghabiskan kebanyakan masanya di dalam air. Panjang maksimumnya boleh mencapai setengah meter, dengan badan berwarna coklat dan bersisik. Sisik haiwan ini dipercayai berfungsi untuk mengumpul kotoran dan partikel tanah, membuatkan ia sukar dilihat dalam habitat semulajadinya.

Nama Lanthanotus berasal daripada fizikal haiwan berkenaan yang mempunyai bukaan telinga yang tidak ketara. Walaupun ia mempunyai struktur telinga yang lengkap di bawah kulitnya, ia tidak mempunyai respon yang baik kepada rangsangan bunyi.

Foto: siakapkeli.my

Disebabkan mata dan telinganya yang kecil, saintis mempercayai haiwan ini bergantung kepada lidahnya untuk mengesan rangsangan melalui chemosensory, sama seperti spesies Varanoidea.

Lanthanotus bergantung kepada fizikal badannya untuk bergerak di dalam air seperti ular, menggunakan kepalanya untuk menolak kotoran di laluannya. Haiwan ini kurang bergantung kepada kaki dan tangannya yang dilihat sebagai anggota yang lemah. Selain itu, saintis mendapati ekor haiwan ini boleh digunakan untuk memegang sesuatu.

Baca juga  Asteroid Emas Di Temui Oleh NASA, Adakah Khabar Baik Atau Buruk?
Foto: siakapkeli.my

Tingkah laku haiwan ini di habitatnya kurang diketahui. Spesimen yang dibawa ke makmal kelihatan lesu, namun ia dikatakan mampu bertindak balas secara aktif ketika dipegang dan berpaut kepada makanan dengan baik.

Makanannya di habitat asal juga belum berjaya dipastikan, tetapi berdasarkan keadaan giginya yang melengkung, saintis mempercayai haiwan ini mensasarkan haiwan berkulit lembut sebagai makanan. Spesimen di makmal memakan telur, cacing dan ikan.

Disebabkan jumlah spesimen yang sikit dan jarang ditemui, spesies ini dikhuatiri menghampiri kepupusan. Satu-satunya fosil yang ditemui yang menyerupai Lanthanotus ialah Cherminotus, ditemui di Late Cretaceous di Mongolia.

Sumber: siakapkeli.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *