Cari...

Info Menarik Kecantikkan

Mulberi Sebagai Gincu Dan Pemerah Pipi Semulajadi

Kongsi

Mencari pemerah bibir bukanlah mudah, jika anda merasakan gincu dipasaran adalah selamat untuk anda gunakan, anda harus waspada. Banyak kes yang telah dilaporkan berkaitan kandungan yang ada pada produk kosmetik, selain produk kecantikkan muka, pelembab dan gincu juga tidak ketinggalan.

Ramai yang mengadu, kesan daripada produk yang digunakan menyebabkan bibir mereka menjadi kering dan merekah. Ianya kerana gincu tersebut mengandungi bahan terlarang yang boleh menjadikan kulit bibir kering dan merekah.

Untuk apa mengambil risiko tersebut jika anda mampu lakukan sendiri gincu atau pelembab bibir sendiri dirumah? Hanya menggunakan buah Mulberi, anda boleh jadikannya sebagai gincu dan juga pemerah pipi.

Foto: Crocus

Buah mulberi diperkaya dengan pelbagai vitamin, khasiat dan kebaikan semula jadi, wanita Greek menggunakan buah mulberi sebagai gincu dan juga pemerah pipi.

Foto: rmolsumut.com

Caranya cukup mudah dengan menghancurkan buah mulberi Bersama kelopak bunga dan juga rumpai laut untuk mendapatkan kesan merah yang menggiurkan.

Bagi yang ingin menghasilkan makeup diy sendiri, buah mulberi merupakan bahan terbaik untuk menghasilkan pemerah pipi dan juga gincu bibir! Sekian petikan dari wanista.com



Baca juga  Kawal Kemarahan Anda Dengan Tips Bijak Ini!
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *