Cari...

Islamik Kesihatan

Molekul Air Berubah Menjadi Bentuk Kristal Setelah Dibacakan Doa

Kongsi

Air merupakan sumber yang penting di dalam kehidupan di muka bumi ini. Tanpa air, banyak kehidupan boleh mati kerana keperluan yang sangat penting terhadap air ini. Air mempunyai formula kimia H2O, bermakna bahawa satu molekul air terbina daripada dua atom hidrogen dan satu atom oksigen.

Ia boleh digambarkan secara ionik sebagai HOH, dengan satu ion Hidrogen (H+) yang terikat kepada ion Hidroksida (OH-). Ia berada didalam keseimbangan dinamik di antara cecair dan wap yang berada pada suhu dan tekanan piawai. Pada suhu bilik, ia adalah cecair yang sangat jernih, tawar, dan tak berbau.

Air boleh menjadi banyak bentuk. Keadaan pepejal bagi air biasanya dikenali sebagai ais (walaupun banyak bentuk yang wujud, sila lihat pepejal air amorfous); keadaan gas dikenali sebagai wap air (or stim), dan fasa cecair biasanya disebut hanya sebagai air. Air adalah asas molekul bagi pelarut berakues. – Sumber: wikipedia

Namun tahukah anda, molekul air ini boleh berubah menjadi bentuk kristal apabila dibacakan doa? Dr Masaru Emoto dari Jepun telah meneliti selok belok tentang air.Ini adalah bentuk molekul Kristal Air Zam Zam, rangkaian heksagonalnya sangat indah, cemerlang berkilau dan penuh warna berkilau ketika dibacakan ayat suci.

Lihat gambar rajah di atas, begitulah bentuk air sebelum dibacakan ayat suci dan bentuk molekul air selepas dibacakan dengan ayat suci. Sangat ajaib bukan? Hal ini bermakna, molekul air ini bertindak balas dengan ayat suci yang dibacakan sehingga ia mampu menjadi air yang sangat baik untuk kesihatan.

Dengan menggunakan mikroskop canggih dengan kemampuan photografi yang power. Doktor ini telah menemukan bagaimana bentuk air ketika sebelum membaca doa dan setelah membaca doa.

Baca juga  Manfaat Hebat, Ruginya Di Akhir Sujud Tak Baca 3 Doa Ini

Sebelum dibacakan doa, ekspresi air kelihatan kontras, seperti air yang tercemar dan apabila dibacakan doa bentuknya akan menjadi sangat indah bagaikan kepingan salji yang sedang jatuh, dan ia kelihatan sedang menyukai sesuatu yang telah kita ucapkan, iaitu doa kita.

Bentuk Molekul Air Setelah Dibacakan Doa

Molekul air yang indah ketika dibacakan Ayat suci

Ketika dimainkan music symphony Mozard, Kristal muncul berbentuk bunga

Setelah itu ditunjukkan pula kata ” Malaikat”: terbentuk rantai dengan kristal hexagonal yang indah ( gambar kiri ) dan apabila ditunjukan kata ” Syaitan”‘ kristal terbentuk buruk dengan bebola api ditengah ( gambar kanan ).

Sangat menakjubkan bila molekul air ini boleh bertindak mengikut apa yang dibacakan ke atasnya. Maka tidak hairanlah masyarakat Islam banyak menggunakan air untuk tujuan perubatan dan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tujuan tertentu dengan niat yang betul.

Jika anda mengalami sakit perut, anda boleh cuba bacakan ayat suci Al-Quran dengan niat minum, insyallah anda boleh sembuh dari kesakitan itu. Petikan dari laman taotaujer.blogspot.com.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *