Cari...

Info Menarik Kesihatan

Minum Kopi Mampu Hindarkan Anda Dari Penyakit Merbahaya

Kongsi

Kopi adalah salah satu minuman yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Tanpa secawan kopi setiap pagi, umpama tiada kepuasan. Kopi mampu memberikan tenaga bagi mereka yang perlu turun kerja pada awal pagi.

Namun begitu, gara-gara khabar angin yang mengatakan minum kopi memberikan kesan negatif kepada tubuh badan, ramai berusaha untuk cuba menghentikan tabiat minum kopi.

Foto: kezone Lifestyle

Tahukah anda, Kajian terbaru menunjukkan, minum kopi mempunyai manfaat baik yang ramai tidak ketahui.

Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih lama dan panjang umur berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Foto: cnnindonesia.com

Selain itu, peminum kopi akan mempunyai risiko kematian awal 14 peratus lebih rendah berbanding mereka yang tidak minum kopi.

Minum kopi dapat mencegah stroke

Kajian yang diterbitkan oleh American Heart Association (Persatuan Jantung Amerika) mendapati, minum satu cawan kopi sehari mengurangkan risiko serangan stroke.

Mencegah penyakit jantung

Kafein baik untuk kesihatan jantung kerana mempunyai kesan positif pada metabolisme. Kafein tidak hanya merangsang sistem saraf pusat, hal ini juga boleh membebaskan asid lemak bebas dari jaringan lemak anda.

Dapat mencegah bunuh diri

Sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Harvard pada 2013 mendedahkan, hubungan antara minum kopi dan risiko bunuh diri yang lebih rendah. Hal ini disebabkan oleh kafein mampu bertindak sebagai antidepres.

Mencegah penyakit saraf

Minum kopi membantu mencegah penyakit-penyakit saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mempunyai risiko sebanyak 65 peratus lebih rendah terkena demensia, Alzheimer dan Parkinson.

Membantu membakar lemak tubuh

Kafein mampu meningkatkan tahap metabolisme dan akan lebih mudah untuk membakar lemak yang berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan metabolisme dapat membakar lemak sebanyak 10 peratus bagi pesakit obesiti, dan 29 peratus untuk mereka badan langsing.

Baca juga  Resdung Bukan Ulat, Punca Resdung Dan Kaedah Rawatan

Melindungi hati

Minum kopi dapat membantu melindungi hati anda daripada hepatitis. Mereka yang minum sekurang-kurangnya empat cawan sehari mempunyai risiko 80 peratus lebih rendah terkena sirosis.

Setiap sesuatu itu memiliki kelebihan dan kekurangan. Walau banyak khasiat kopi untuk tubuh bdana, anda disarankan untuk tidak terlalu ketagih meminum kopi. Sekian petikan dari hanasuva.com

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *