Cari...

Gaya Hidup Living

Mereka Yang Dilahirkan Antara 1985 Dan 1995 Adalah Unik

Kongsi

Tahukah anda mengapa orang yang dilahirkan antara 1985 dan 1995 adalah generasi paling unik sepanjang zaman? Mereka berada di antara dua generasi iaitu sebelum internet dan teknologi mengambil alih dan generasi selepas itu.

Generasi sebelumnya merupakan “old school” atau lebih dikenali kolot dan mereka percaya dengan bekerja keras boleh memberikan mereka kejayaan. Akan tetapi generasi selepas itu percaya dengan bekerja secara bijak adalah lebih efektif.

Foto: nbcnews.com

Generasi ini melihat hampir kesemuanya sepanjang zaman termasuklah evolusi radio, television, game Mario, Nokia, Nintendo, Samsung, iPhone, PS4, Tape, CD, DVD, Netflix, Emoji dan Virtual Reality. Banyak perubahan yang berlaku dan generasi inilah yang memerhati perkembangan tersebut.

Generasi sebelumnya menggunakan e-mel dengan cara yang mudah iaitu untuk meminta wang dan mengirim surat untuk tercinta. Generasi selepasnya mengetahui dengan lebih baik tentang perkara ini. Mereka akan menyediakan 4 e-mel khas untuk: satu untuk perkara-perkara yang serius, satu untuk media sosial, satu untuk transaksi kewangan dan satu lagi untuk eksperimen untuk perkara yang tidak dipercayai.

Generasi diantara 1985 dan 1995 mengetahui tentang tradisi dan akan mempersoalkan mengapa tradisi tersebut. Maka generasi ini akan memilih tradisi yang hanya masuk akal bagi mereka. Akan tetapi, generasi sebelumnya tidak mempersoalkan apa-apa pun tentang tradisi ini. Generasi selepasnya pula tidak mengetahui tentang apa-apa tentang tradisi.

Generasi 1985-1995 merupakan jurang diantara zaman industri dan zaman internet. Mereka faham kedua-dua zaman ini melalui pengalaman. Maka, orang datangnya dari generasi ini patut menjadi ketua dan memerintah sekarang. Orang tua dari mereka tidak tahu apa yang terjadi sekarang dan generasi yang baru tidak faham apa yang telah terjadi. Generasi baru tidak tahu bahawa dari mana datangnya teknologi canggih ini dan bagaimana evolusinya.

Baca juga  Makanan Ini Boleh Buatkan Anda Mudah Lupa
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *