Cari...

Info Menarik Kesihatan Uncategorized

Meredakan Sering Batuk Tak Henti-Henti Dengan Cara Ini

Kongsi

Mesti anda pernah mengalami batuk yang berpanjangan sehingga berbulan-bulan lamanya, bukan? Sangat menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam sehingga sukar untuk melelapkan mata.

Walau sudah cuba pelbagai jenis ubat, namun batuk tidak juga reda. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.

Beliau berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.

Kalau rawatan kena atau serasi tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.

Tips mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja dengan bawang putih dan madu

Bahan-bahan:

3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.

1 cawan madu

Langkah membuat:

– Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.

– Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.

Cara pengambilan

Makan 1 sudu teh setiap 1 jam

Manfaat bawang putih untuk batuk

– Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.

– Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Semoga info ini memberi manfaat untuk anda yang mengalami sakit batuk. Semoga anda cepat sembuh dan jangan lupa share kebaikan ini bersama. Assalamualaikum.

Baca juga  Sukar Untuk Menurunkan Berat Badan? Makan Buah Ini Baik Untuk Diet
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *