Cari...

Info Menarik Kesihatan

Merawat Sakit Lutut Hanya Dengan Menggunakan Halia

Kongsi

Mengalami sakit lutut sememangnya satu masalah yang sangat leceh. Hal ini kerana, kaki adalah aset terpenting bagi tubuh badan kita. Jika kaki anda mengalami masalah lutut, sudah pasti menjadi masalah untuk kita bergerak.

Merawat Sakit Lutut

Sakit sendi atau arthritis, ia bukan satu penyakit yang boleh dipandang ringan. Ini kerana istilah itu sahaja merangkumi lebih dari 100 jenis sakit sendi dan kondisi yang berbeza.

Fakta menunjukkan lebih 50 juta orang dewasa dan 300,000 kanak-kanak mengidap masalah sakit sendi. Ramai diantara kita mengalaminya tetapi tidak tahu bagaimana untuk merawatnya.

Salah satu bahan semula jadi yang sinonim dengan sakit sendi ialah halia. Ia telah digunakan sejak beribu tahun dalam rawatan Ayurveda dan juga perubatan China. 

Merawat Sakit Lutut
Foto: Astro Awani

Kajian terbaru mendapati halia sangat bermanfaat dalam merawat penyakit sendi seperti rhematoid arthritis, osteoarthritis dan sebagainya.

Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan akibat sakit sendi ini menggunakan halia. Namun, di sini kami memilih 2 cara yang melibatkan sapuan sahaja.

Minyak urut halia

Minyak essential halia mengandungi kesan anti-radang yang melegakan kesakitan sendiri. 

1. Ambil 2 sudu minyak zaitun dara dan masukkan ke dalam mangkuk. Panaskan ia selama 2-3 minit dalam microwave.

2. Titiskan 3-4 titik minyak essential halia ke dalamnya. 

3. Sapu bahagian lutut dan sendi yang sakit lebih kurang 10 minit, 2 kali sehari. 

4. Untuk kesan yang lebih, tambahkan 1/2 sudu serbuk kunyit dalam bancuhan tadi. 

Pes halia

Selain minyak, anda boleh hasilkan pes dan sapu pada lutut atau sendi yang sakit.

1. Masukkan 1 sudu serbuk halia (boleh didapati di Tesco) ke dalam mangkuk.

2. Tambahkan sedikit minyak zaitun, campur dan biarkan menjadi pes.

Baca juga  Suara Emas Yang Dimiliki Ronu Mondal Kini Menjadi Artis Rakaman

3. Sapu pada lutut atau sendi yang sakit. Cuci selepas beberapa jam, sakit lutut anda akan beransur pulih.

Jangan terlalu percaya dengan produk yang menjaminkan keberkesanan. Sudah banyak pengguna tertipu dengan produk minyak panas yang boleh menyembuhkan sakit lutut anda. Untuk menjimatkan wang anda, tidak salah anda mencuba tip ini. Selamat mencuba! Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *