Cari...

Gaya Hidup Tips Menarik

Merawat Masalah Ketiak Basah Dan Berbau, Minum 3 Minuman Ini

Kongsi

Merawat Masalah Ketiak? Anda ada masalah ketiak basah dan berbau? Pasti rasa sangat memalukan apabila badan kuat berpeluh dan berbau. Lagi-lagi apabila orang asyik-asyik pandang kita. Tak kita lelaki mahupun wanita, bohonglah jika anda tidak pernah mengalami masalah ini kan? Namun ada juga orang korea ni, tak guna deodoran.

Merawat Masalah Ketiak
Foto: hijabnheels.com

Merawat Masalah Ketiak

Namun, anda jangan risau. Disini ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengawal kilang peluh anda terlalu cepat. Melalui laman sesawang Blodsky, antara petua merawat peluh banyak ialah dengan mengambil minuman sihat yang disarankan oleh Rahul Aggarwal, CEO Organic Harvest. (Dari sebuah syarikat kecantikkan organik).

Berikut merupakan minuman yang boleh merawat masalah ketiak basah dan berbau:

Teh hijau

Merawat Masalah Ketiak
Foto: doktersehat.com

Teh hijau membantu meningkatkan metabolisme tubuh serta menghakis lemak dari usus. Sementara itu, antioksidan dan nutrisi di dalamnya akan mengendalikan pengeluaran keringat. Minumlah dua hingga tiga cawan sehari.

Cuka Putih Dan Cuka Epal

Merawat Masalah Ketiak
Foto: google

Dua sudu teh cuka putih dan satu sudu teh cuka epal akan menstabilkan kelenjar peluh. Ambil campuran ini tiga kali sehari, pada waktu perut kosong sebelum sarapan dan setengah jam sebelum atau sesudah makan. 

Jika anda tak tahan dengan rasanya yang ‘tajam’, boleh dicampur dengan setengah gelas air terlebih dahulu.

Jus tomato

Merawat Masalah Ketiak
Foto: jomdakwah

Kaya dengan vitamin dan antioksidan, jus tomato dapat menstabilkan proses merembes kelenjar peluh. Minum satu hingga dua gelas sehari jus tomato asli tanpa gula untuk mencegah peluh berlebihan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk mengatasi masalah anda diluar sana. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga tentang ilmu bermanfaat ini.

Baca juga  Jika Tidak Mampu Tunaikan, Jangan Sesekali Berjanji
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *