Warning: Declaration of W3TC\DbCache_Wpdb::prepare($query, $args) should be compatible with wpdb::prepare($query, ...$args) in /srv/users/serverpilot/apps/ceritamenarik/public/wp-content/plugins/w3-total-cache/DbCache_Wpdb.php on line 8
Menyanyi Semasa Mandi Baik Untuk Kesihatan Mental - Cerita Menarik

Cari...

Tags: ,

Menyanyi Semasa Mandi Baik Untuk Kesihatan Mental

Kongsi

Menyanyi semasa mandi sangat baik untuk kesihatan mental anda kerana ada satu kajian yang menyatakan, kita boleh melepaskan segala luahan perasaan ketika mandi.

Pasti ramai diantara wanita yang gemar menyanyi di bilik mandi. Sambil-sambil bersabun dan bersyampoo, sambil itu juga sempat mendendangkan beberapa lagu kegemaran. Betul tak?

Jangan malu kalau betul anda salah seorang penyanyi di bilik mandi, ini kerana menyanyi di bilik mandi dikatakan baik untuk kesihatan dan mampu melepaskan stress yang dialami.

menyanyi
Foto: manado.tribunews.com

Menurut banyak kajian, orang yang bebas dari stress biasanya lebih bahagia. Otak akan lebih banyak melepaskan hormon kebahagiaan sehingga suasana hati menjadi lebih baik. Dengan hati yang bahagia, anda pun jadi lebih mudah berfikir positif saat menghadapi masalah. 

Menyanyi ketika mandi ternyata juga dapat meningkatkan kemampuan ingatan, menguatkan imun tubuh serta menurunkan tekanan darah. Terbebas dari stress, secara semulajadi tubuh akan meningkatkan imun badan agar tak mudah diserang penyakit.

Jadi, jika rasa bahagia bolehlah teruskan menyanyi di bilik mandi cuma janganlah sampai ada yang “menyahut ingin berduet” pula.


Semasa berada di bilik mandi, anda pun tak ambil peduli tentang pendapat orang lain tentang suara anda sehingga membuat anda benar-benar bernyanyi seperti seorang ‘Diva’ di bilik mandi

Disini ada beberapa manfaat dari menyanyi di bilik mandi yang perlu anda tahu.

1. Ketika anda bernyanyi, anda cenderung menghirup lebih banyak oksigen. Bernyanyi juga dapat melatih otot leher, tenggorokan, rahang dan wajah Anda.

2. Bernyanyi juga melibatkan otot di sekitar perut, tulang rusuk yang sekaligus dapat melatih mereka agar tidak kaku. Bernyanyi juga dapat menjadi media latihan pernafasan yang baik.

3. Bernyanyi dapat merangsang laring dan meminimalkan kebiasaan mendengkur dan gangguan tidur lainnya.

4. Ya, bernyanyi juga dapat merangsang tiroid Anda. Jadi, secara tidak langsung aktivitas ini dapat mempengaruhi metabolisme Anda secara keseluruhan.

5. Gaya yang digunakan saat bernyanyi juga dapat meningkatkan keterampilan motorik dan koordinasi yang baik untuk perkembangan otak.

6. Rutin bernyanyi dapat menjadi metode detoksifikasi tubuh secara semulajadi.

7. Menyanyi diyakini dapat mengalahkan rasa sakit yang diderita kerana memiliki kesan menenangkan jiwa dan membantu anda mengatasi kesedihan atau depresi.

8. Menyanyi merupakan terapi stress yang baik. Sesuai bagi anda yang gemar memendam emosi sehingga tersalurkan dengan cara yang tepat. 

Baca juga  Buah Betik Dinobatkan Sebagai Raja Buah Oleh WHO

Petikan dari laman mv1.cari.com.my & suara.com

Tag::

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *