Cari...

Gaya Hidup

Menyambut Syawal Seorang Diri Kerana Sudah Kehilangan IbuBapa

Kongsi

Setiap kali menyambut syawal, mesti anak perantau akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berjumpa ibu dan ayah yang menunggu kepulangan anaknya di rumah untuk beraya bersama.

Namun sebaliknya bagi wanita ini kerana kepulangannya di kampung halaman hanya di sambut oleh rumah kosong yang sunyi tanpa kedua orang tuanya.

Menerusi satu gambar yang dikongsi oleh gadis yang dikenali sebagai Efa Sulaiman, di ruangan komen di Facebook, memaparkan kawasan rumah yang sunyi dan sepi tanpa seorang pun ahli keluarganya.

menyambut syawal
Foto: ohmymedia.cc

Melihat keadaan rumah kosong pasti sangat menyedihkan. Sebak didalam hati yang tiada siapa yang tahu. Dulu adanya ibu bapa, disinilah tempat bermanja, sekarang tiada lagi.

menyambut syawal
Foto: ohmymedia.cc

Inilah wajah ibu dan ayah wanita itu. Dalam kesedihan itu tersimpan hikmah ketabahan. Gadis itu yang merupakan anak bongsu dan masih belum berkahwin tiada pilihan untuk menyambut Syawal berseorangan,  memandang adik-beradik yang lain beraya di rumah mertua masing-masing.

Difahamkan, rumah tersebut dijaga oleh abangnya yang tinggal disitu bersama keluarga, tetapi terpaksa pulang ke rumah mertua kerana giliran beraya disana.

menyambut syawal
Foto: ohmymedia.cc

Semoga wanita ini bertabah dengan ujian yang di hadapi. Namun, banyak juga orang yang beraya keseorangan sebenarnya. Cuma dia tidak meluahkan di media social. Maka, kita tidak tahu.

Hukum Ucap “Selamat Hari Raya” Pada Pagi Syawal

Kebiasaan kita menyebut “Selamat Hari Raya” kepada semua orang selepas sebulan berpuasa di bulan ramadhan. Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan “tahniah” antara satu sama lain. Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia amalan yang menambah erat hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai.

Sumber: ohmedia.cc

Baca juga  Pad Hilangkan Bau Kentut Dicipta Untuk Pengentut Sedunia
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *