Cari...

Gaya Hidup

Menternak Lipas Untuk Dijadikan Hidangan Istimewa

Kongsi

Lipas untuk hidangan istimewa? Lipas merupakan serangga perosak yang boleh merosakan banyak harta benda dan suka bertelur di kertas-kertas terpakai. Lipas juga selalu menghiburkan kita sewaktu kita masih kecil. Ramai antara kita menganggapnya serangga paling jijik, apatah lagi untuk mendekati dan menyentuhnya. Lipas juga salah satu makanan yang paling menyeramkan di dunia.

Serangga seperti lipas cukup membuatkan kita geli namun tiada siapa menyangka bahawa ia menjadi komoditi dagangan menguntungkan buat penduduk China. Aktiviti membiak lipas kini dianggap satu cabang perniagaan dilakukan dengan skala besar di negara itu disebabkan permintaan tinggi sama ada untuk tujuan perubatan atau makanan.

Lipas Untuk Hidangan

lipas
Foto: hmetro

Petani, Li Bingcai mengusahakan ladang pembiakan lipas sebesar gelanggang badminton di barat daya China yang sebahagian besarnya dibekalkan untuk tujuan makanan.

Dia sebelum ini pernah membuka sebuah kedai telefon bimbit namun membuat keputusan menceburi bidang itu pada 2016 kerana dilihat tidak memerlukan modal besar selain senang diuruskan.

“Orang tidak percaya betapa sedapnya rasa lipas sehingga mereka mencubanya,” kata Li sambil memasukkan seekor lipas hidup ke dalam mulut.

Lipas jenis Periplaneta adalah spesies terbesar serangga itu yang dimakan untuk tujuan perubatan seperti ulser perut, masalah pernafasan malah turut dijadikan sebagai ubat tonik.

“Kesan terbaik makan lipas ialah serangga ini mempunyai tahap imuniti tinggi. Jadi manusia akan menyerap segala kebaikan ini dengan memakannya,” kata Li.

Menurutnya, lipas China digelar sebagai ‘Little Strong’ (si kecil kuat) memandangkan ia boleh hidup beberapa hari walaupun badannya sudah dikerat separuh.

Terletak di kawasan pergunungan yang dilitupi dengan tanaman buluh, ladang pembiakan lipas milik Li dibina dari sebuah rumah dikelilingi tanaman serta ternakan.

Baca juga  Ciri-ciri Wanita Yang Senang Dipermainkan Oleh Lelaki
lipas
Foto: hmetro

Mengikut harga pasaran, setengah kilo lipas kering dijual pada harga antara 100 hingga 600 yuan (RM61 hingga RM369).

Sepanjang tahun lalu, dia berjaya menjual satu tan lipas kering kepada kilang farmasi dengan harga mencecah hampir 90,000 yuan (RM55,792).

Ia adalah satu-satunya pendapatan utama yang membantunya untuk menyara kehidupan bersama keluarga termasuk membantu anak perempuannya membuka perniagaan atas talian selepas menjual lipas secara terus kepada ladang atau kilang perubatan.

Sementara itu di Xichang, sebuah syarikat farmasi, Gooddoctor Pharmaceutical Group mengendalikan ladang lipas terbesar yang membiakkan enam juta ekor serangga itu di dalam kemudahan khas dan dilengkapi dengan peralatan canggih serta moden.

Ketua pakar di Pusat Perubatan Yonshou Bandar Yinchuan, Liu Daoyuan berkata, serangga itu bersifat diuretik dan mempunyai ciri-ciri detoksifikasi.

lipas
Foto: hmetro

“Ia juga sangat efektif untuk mengurangkan sakit tekak serta tonsil,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga pakar perubatan Cina memberi amaran bahawa ia boleh memberi kesan negatif sekiranya industri itu tidak dikawal selia dengan baik.

“Apa saja bahan yang diambil secara berlebihan termasuk ginseng boleh memberi kesan bahaya,” kata pengarah Klinik Perubatan Cina di Universiti Teknologi Nanyang, Singapura, Goh Chye Tee.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *