Mengatasi Kulit Berminyak Dengan Berkesan
Kongsi

Mengatasi kulit muka berminyak merupakan perkara yang sangat penting bagi mereka yang sangat menjaga kecantikkan kulit wajah. Kulit wajah boleh menjadi cantik bila anda melakukan rutin ini sebagai langkah berjaga-jaga dari kulit anda terus berminyak.
Kulit Muka Berminyak
Kulit muka berminyak menjadi satu masalah yang sangat ditakuti oleh wanita. Hal ini kerana ia menyebabkan muka ‘breakout’ dan berjerawat.
Untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna memerlukan penjagaan yang rapi dan teratur lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang turut memberi kesan kepada kulit kita.
Mengatasi Kulit Berminyak
Penjagaan yang rapi termasuklah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat di samping menggunakan pencuci muka dan krim pelembap yang bersesuaian dengan kulit kita kerana semua orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza.
Biasanya mereka yang mengalami masalah kulit, alah kepada kacang. Anda seharusnya tahu tahap kesihatan kulit anda dengan baik, supaya anda dapat menjaga kulit anda dengan sempurna. Mari kita lihat beberapa langkah yang di ambil dari laman bukanaku.com.

Jangan membersih muka terlalu kerap
Membersih muka terlalu kerap boleh menyebabkan kulit anda semakin berminyak dan berjerawat. Oleh itu, lakukan pembersihan muka dalam 2-3 kali sahaja sehari sahaja. Gunakan pembersih muka yang boleh menghilangkan
Jangan menyental kulit dengan terlalu kuat
Kalau anda menggunakan scrub muka jangan sental terlalu kuat kerana ia akan buat kulit anda berasa kasar dan luka. Seeloknya bersih dengan urutan secara lembut dan teratur.
Cepat bersihkan peluh
Selepas anda melakukan aktiviti sukan atau anda berpeluh, anda perlu dengan pantas membersihkannya atau lapkan muka anda terlebih dahulu dengan tuala dan tisu. Jangan tunggu sehingga ia boleh menyerap masuk dalam kulit.
Elakkan picit jerawat
Ia normal apabila ada jerawat pada muka. Tetapi ingat jangan picit jerawat anda dengan sendiri kerana jerawat mempunyai bakteria yang kotor dan boleh meninggalkan parut. Seeloknya sapu krim anti jerawat pada muka.
Elakkan makan makanan berminyak
Salah satu punca terjadinya kulit berminyak adalah disebabkan oleh masalah pemakanan yang tidak betul. Jadi, amalkan makanan yang kurang minyak dan berkhasiat.