Warning: Declaration of W3TC\DbCache_Wpdb::prepare($query, $args) should be compatible with wpdb::prepare($query, ...$args) in /srv/users/serverpilot/apps/ceritamenarik/public/wp-content/plugins/w3-total-cache/DbCache_Wpdb.php on line 8
Memiliki Anak Perempuan Setelah Beranak 10 Anak Lelaki

Cari...

Uncategorized

Memiliki Anak Perempuan Setelah Beranak 10 Anak Lelaki

Kongsi
miliki anak perempuan

Memiliki anak perempuan sememangnya sangat di tunggu-tunggu apabila dua hati sudah bernikah. Namun, ada satu cerita menarik dimana wanita ini melahirkan anak semuanya lelaki. Akhir sekali selepas yang ke sepuluh, barulah pasangan ini ada anak perempuan.

Melalui petikan borakdaily.com, menceritakan bagaimana wanita ini mendapat anak perempuan setelah lahir 10 orang anak lelaki.

Selepas mempunyai 10 anak lelaki, penantian keluarga dan hasrat seorang ibu dimakbulkan apabila berjaya dikurniakan bayi perempuan.

Memiliki Anak Perempuan

Memiliki Anak Perempuan
Foto: borakdaily.com

Alexis Brett tidak menyangka memiliki anak perempuan setelah yakin dia akan mendapat seorang bayi lelaki untuk kandungannya yang ke-11 itu.

“Semua sayang kepadanya. Setiap kali melahirkan bayi baru, seluruh keluarga gembira namun berbeza pada kali ini yang berasa sangat teruja,” kata wanita berusia 39 tahun itu.

Menurut Alexis, sudah semestinya sepuluh orang anak lelaki yang berusia dua hingga 17 tahun itu akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada adik perempuan mereka.

Memiliki Anak Perempuan
Foto: borakdaily.com

“Mereka akan bantu memakai gaun yang cantik serta menjadi pelindung kepada adik kesayangan,” ujarnya.

Tambah Alexis yang juga merupakan bekas jururawat berkata, dia dan suaminya Davie tidak pernah terfikir akan memiliki anak perempuan.

“Pada jangkaan saya, sudah cukup untuk memeriksa jantina apabila setiap kali hamil kerana akan sama sebaik sahaja melahirkan anak kami,” katanya.

Nampaknya, keluarga ini sangat gembira adanya seorang anak perempuan yang merupakan satu-satunya. Mungkinkah dia yang akan jadi yang paling manja? Atau ada lagi anak perempuan yang lain?

Mungkin keluarga ini boleh mengusaha lagi 10 anak perempuan.

Baca juga  Tanda Anda Menjadi Mangsa Bos Pilih Kasih

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *