Cari...

Antarabangsa Gaya Hidup

Memikat Wanita Dengan Baju Emas Bernilai 235 USD Kempunan

Kongsi

Memikat wanita dengan baju emas memang sesuatu yang lain daripada yang lain. Jika kebanyakkan orang, emas hanya digunakan sebagai alat perhiasan sahaja, tetapi lelaki ini membuat satu baju untuk memikat hati wanita.

Datta Phuge mungkin nampak seperti jejaka yang baik hati tetapi jutawan dari Pune, India ini pasti tidak akan memberi kamu baju yang dia miliki.

memikat wanita dengan baju emas
Foto: cari.com.my

Sebabnya mudah: Baju tersebut berharga 235 ribu USD dan ia diperbuat daripada emas tulen.

Phuge, berumur 32 tahun, merupakan peminjam wang. Dia menempah 15 orang pakar dalam membentuk emas untuk  dijadikan bajunya dan hanya memerlukan kira-kira 2 minggu untuk menghasilkan 22 karat emas seberat 7 paun. Baju tersebut dilengkapi dengan 14000 bunga emas.

Menambah lagi kegilaannya pada emas, dia menambah aksesori gelang dan set anting-anting emas untuk di’matching’kan dengan baju tersebut.

Dia beranggapan hobi peliknya ini akan memberi pulangan jangka panjang pada masa hadapan.

“Orang membeli kereta, pergi bercuti…tetapi pada saya emas merupakan satu kepuasan. Ini sebabnya saya berhabis banyak duit untuk baju emas ini.”

Datta Phuge

Memikat Wanita Dengan Baju Emas

memikat wanita dengan baju emas
Foto: cari.com.my

Selain itu, sebenarnya ada tersirat satu lagi sebab lain : Memikat wanita.

“Saya tahu rupa saya bukanlah yang terbaik di dalam dunia,tetapi saya pasti tiada seorang wanita yang tidak akan terpaku melihat kehebatan baju emas ini,” katanya.

Malang Tidak Berbau

Namun begitu, berita nya yang tersebar akibat baju emas ini telah membuatkan dirinya terbunuh di kejadian yang berasingan selepas tular.

Beliau dibunuh pada Jumaat pagi, 15 Julai 2016. Diambil dari laman Hindustan Times, Phuge dibunuh dengan menggunakan batu dan senjata tajam. Pihak polis telah menangkap empat orang yang berkaitan dengan kes ini.

Baca juga  Maksud Di Sebalik Kedudukan Sudu Dan Garfu Selepas Makan

Polis mengesyaki motif pembunuhan ini adalah masalah kewangan. Kata pegawai polis lagi, memang pusingan wang ini dikumpulkan daripada beberapa pelaburnya.

Sumber yang dipetik oleh Hindustan Times, berkata beberapa pelabur mengadu mengenai penyelewengan kewangan pada masa lalu. Inilah motif yang dituduh di sebalik pembunuhan ini.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *