Cari...

Entertainment Gaya Hidup

Memang Tak Padan Dengan Watak Muslimah Hero

Kongsi
super hero

Mana mungkin ada hero muslimah dalam penerbitan filem marvel. Watak hero dah la seksi, memang tak padan. Mungkin ianya sesuatu yang agak janggal dan tak terfikirkan. Tapi ianya adalah satu realiti. 

Marvel Universe telah pun mengumumkan kepada umum tentang adanya watak baru dalam siri komik mereka yang merupakan seorang muslim iaitu Ms Marvel.

Watak Miss Marvel adalah seorang gadis Pakistan yang bernama Kamala Khan, merupakan seorang remaja muslim yang berusia 16 tahun menetap di Jersey City, AS.

Dia menghadapi tekanan daripada ibu bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor ketika dia cuba untuk mengukir identiti sendiri dan masa depannya.

Foto: bm.cari.com.my

Kehebatan Miss Marvel ialah kebolehannya untuk mengubah bentuk dirinya sendiri. Selain itu, kekuatan yang diperoleh semasa pulang dari sebuah pesta, di mana dia tiba-tiba diselubungi asap yang mengandungi zat mutan. Sejak itu, dia memiliki kekuatan gen bukan manusia seperti “shapeshifter”, “healing factor”, dan “elasticity” selain boleh berubah bentuk.

Dengan kekuatan ini, Kamala memanfaatkan kekuatan barunya untuk kebaikan, berdasarkan pengetahuan agama Islam di kalangan keluarganya. Dia menggunakan nama Ms. Marvel sebagai identiti “superhero”nya kerana terlalu minat kepada Carol Danvers (Ms. Marvel sebelum ini).

Watak superhero muslim ini mempunyai kontroversi yang tersendiri di mana ramai di antara peminat dan pengikut siri komik dari Marvel khasnya yang beragama Islam mempersoalkan tentang Ms Marvel tidak boleh dilabel sebagai sebagai superhero muslim.

Ini kerana penampilan yang dibawa bukanlah seperti penampilan seorang wanita muslim.

 Memetik dari Majalah Digital Spy, dalam sebuah wawancara, pembikin filem-filem Avengers (Kevin) mengatakan bahawa mereka dalam proses menyiapkan filem yang akan menampilkan watak Ms. Marvel sebagai watak utama di dalam filem tersebut. 

Baca juga  Adab Semasa Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Siapakah yang bakal membawakan watak Ms Marvel?

Sudah pasti kita tidak sabar nak melihat bagaiamana rupanya adiwira muslim ini di layar perak kan? Untuk info, pada March 2019, filem Captain Marvel yang merupakan filem dari produksi yang sama bakal menjengah di pawagam. Mesti ramai yang tidak sabar menanti. Lebih-lebih lagi mereka yang betul-betul fanatik dengan semua filem Marvel.

Kenapa tak pakai jubah je?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *