Cari...

Info Menarik Kesihatan

Melembutkan Kulit Dengan Air Rendaman Kacang Bendi

Kongsi

Kulit lembut dan cantik pasti sangat di idamkan oleh semua wanita. Namun, kerosakan pada kulit membuatkan anda menjadi kurang berkeyakinan dan rasa sangat malu apabila keluar dengan kawan-kawan.

Apabila melihat kulit kawan lebih cantik dari kulit kita, pasti anda rasa sangat kecewa dan susah hati. Jangan risau, disini ada jalan penyelesaiannya. Gunalah air rendaman kacang bendi untuk membuatkan kulit anda nampak lebih halus dan lembut.

Ramai antara kita tidak tahu kacang bendi merupakan sayuran semula jadi yang banyak khasiat. Malah, sayur ini mampu merawat kencing manis dan dapat mengekalkan keremajaan kerana ianya mengandungi antioksidan.

Kita sering melihat kacang bendi ini dimasukkan dalam masakan gulai dan kari, ini bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi khasiat dalam masakan.

Bukan itu sahaja, ada yang makan bendi ini dengan mencicah budu ataupun belacan. Rebus sekejap dan sedia untuk dihidangkan, bukan sahaja bagus untuk tubuh, malah sangat memikat selera!

Ia mampu menstabilkan tekanan darah, kencing manis, dan juga kolestrol yang rendah. Rahsianya, anda hanya perlu minum air rendaman bendi setiap hari. Ini khasiatnya.Foto: Al Raudhah – Laman Informasi Dan Inspirasi

Caranya mudah dan murah saja :

  1. Beli 1 ikat kacang bendi RM 1 jer
  2. Potong halus
  3. Rendamkan 8-12jam di dalam air mineral supaya lendir bendi tadi keluar
  4. Minum secukup rasa
  5. Bila air dah abis, rendam sekali lagi (boleh buat 2 hingga 3 kali, sampai likat lendir dia habis)
  6. Bendi tadi tu boleh la goreng kicap ke, rebus ke, buat ulam atau letak dalam kari. Elakkan pembaziran.

16 Khasiat Kacang Bendi Yang Ramai Belum Tahu 

  • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
  • Dalam bidang perubatan tradisional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
  • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
Baca juga  Nenek Ini Masih Mampu Melahirkan Anak Kembar

Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

  • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
  • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
  • Mencuci hati.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  • Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam dua batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama dua minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang baik.

Semoga artikel ini banyak memberi manfaat kepada anda dan jangan lupa untuk sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *