Cari...

Gaya Hidup Psikologi

Media Sosial Bukan Tempat Untuk Meluahkan Perasaan

Kongsi
media sosial

Media sosial kini menjadi platform utama remaja zaman sekarang untuk berhubung sesama sahabat, keluarga jauh dan juga rakan sekerja. Banyak manfaat yang kita dapat menerusi media sosial terutamanya untuk meningkatkan perniagaan, dan meluaskan bisnes dengan orang lain.

Namun begitu, ramai remaja sekarang menyalah guna medium media sosial sebagai tempat untuk meluahkan perasaan, tempat untuk menunjukkan kebodohan, dan banyak lagi kesalahan yang mereka buat yang akan menjadi masalah kepada diri mereka sendiri apabila meningkat dewasa. Setiap apa yang ditulis di media sosial akan dilihat oleh semua orang dan sememangnya setiap tulisan kita menampakan keperibadiannya.

Sepatutnya, jika anda ingin meluahkan perasaan dan sesuatu itu tidak akan memaki anda balik, perlulah membuat dairy sendiri. Tulislah didalam buku supaya setiap perasaan yang terpendam dapat diluahkan didalamnya. Jika anda meluahkan perasaan anda kepada orang ramai, mungkin anda mendapat beberapa pendapat negatif. Jika ada positif itu, okay lah sikit. Tapi kebanyakkannya, memang kritikkkkkkk!!!

Apabila anda di kritik, anda akan berada dalam keadaan tersempit di situasi yang mereka langsung tidak faham tentang perasaan anda. Mereka yang komen, hanya memberi pendapat melalui pengalaman mereka masing-masing.

media sosial
Foto: the mirror

Media Sosial

Namun tak kira siapa dan apa jua tujuan pun mereka menggunakan media sosial, perkara yang biasa kita lihat orang menulis di media sosial adalah luahan, sama ada luahan hati, luahan perasaan atau luahan masalah. Ramai orang memilih media sosial tak kira di akaun sendiri, menulis komen di akaun orang lain, atau confession page yang bersepah-sepah di FB sebagai medium untuk meluah dan mengadu domba apa yang terbuku di dalam hati mereka.

Baca juga  Kerja Rumah Boleh Membantu Lelaki Menjadi Lebih Bijak

Ada luahan yang kita rasa sesuai dikongsi, ada juga luahan yang kita rasa tidak wajar dikongsi, seperti hal yang menyentuh sensitiviti yang boleh menggugat keharmonian masyarakat, perkara yang bertentangan dengan norma agama dan masyarakat, masalah yang melibatkan rumahtangga, keluarga, tempat kerja dan sebagainya.

Maka kenapa orang meluah masalah mereka di media sosial?
Kenapa orang meluah masalah rumahtangga mereka di Facebook?
Kenapa orang meluah masalah keluarga mereka di Instagram?
Kenapa orang meluah masalah tempat kerjanya di Twitter?

Kenapa?

Pertama adalah kerana mereka mahukan penyelesaian

Mungkin mereka ada mengadu masalah mereka pada orang terdekat namun tidak menemui jalan penyelesaian, lantas mengambil keputusan untuk meluahkan masalah di media sosial dengan harapan ada orang dalam media sosial di kalangan kawan atau orang asing dapat memberi cadangan penyelesaian yang lebih baik dan membantu terhadap masalah mereka. Malah jika masalah yang diluahkan menjadi tular, harapan untuk masalahnya diselesaikan lebih besar.

Seperti ada seseorang yang perlukan wang yang banyak untuk membiayai pembedehan ibu bapa, isteri atau anaknya yang sakit, bila dia ceritakan masalahnya pada rakan pejabatnya sahaja mungkin ada yang boleh membantu namun masih tidak mencukupi. Tapi bila dia ceritakan masalahnya dia Facebook, jika bernasib baik ia menjadi tular menyebabkan lebih ramai netizen yang sudi menghulurkan sumbangan.

Kedua adalah kerana mereka perlukan sokongan

Ada orang menghadapi masalah dan tidak mempunyai orang terdekat di sekelilingnya di dunia nyata yang mampu memberikan sokongan kepadanya, maka dia pun cuba meraih sokongan dari kenalan, kawan-kawan atau orang asing di media sosial.

Seorang anak yang merasa diabaikan ibu bapa hanya kerana dia tidak pandai seperti adik beradiknya yang lain, meluahkan perasaannya di Facebook betapa dia diabaikan. Dia tidak boleh meluahkan masalahnya kepada ahli keluarganya, maka memilih media sosial sebagai tempat untuk meluahkan masalahnya agar ada orang di media sosial yang memberikan sokongan terhadapnya.

Baca juga  5 Sebab Lelaki Takut Kahwin Dengan Wanita Cantik

Seorang isteri yang bergaduh dengan suami tidak mempunyai siapa-siapa yang dia rasakan boleh memberikan sokongan moral kepadanya, mungkin kerana dia tahu ahli keluarga dan rakan-rakannya akan lebih menyokong suaminya, lalu mengambil keputusan membuka masalah rumahtangganya di Instagram agar ada orang yang menyokongnya setelah tidak mendapat sokongan dari orang yang terdekat dengannya,.

Ketiga adalah kerana mereka mahu pembelaan

Jika berlaku perbalahan atau konflik di antara dua pihak atau lebih, biasanya orang yang pertama membuka pekung di media sosial adalah kerana dia mahukan perhatian dari orang ramai agar orang melihatnya sebagai mangsa yang juga dipanggil sebagai playing victim.

Dia mahu orang yang tidak tahu menahu cerita sebenar di sebalik sesuatu kejadian memberikan sokongan, membela dan mempertahankannya seterusnya bersama-sama menyalah dan mengecam pihak lawannya. Dia perlukan pengiktirafan dari orang ramai sebagai justifikasi yang dia berada di pihak yang benar dan lawannya berada di pihak yang salah.

Sepert contoh seorang isteri menulis di Twitter mengatakan rumahtangganya sedang bergolak kerana suaminya mengabaikannya, menghalaunya dari rumah dan mahu menceraikan hanya kerana dia tak pandai masak. Dengan sentimen ini maka berduyun-duyunlah netizen turun menjadi pahlawan papan kekunci membela nasib si isteri ini yang dianggap sebagai mangsa dan terus menghentam suaminya.

Akibat tidak tahan dengan kecaman netizen, akhirnya si suami pula membuka mulut menulis cerita dari sebelah pihaknya pula di mana dia berbuat demikian sebenarnya kerana isterinya curang dan main kayu tiga dengan lelaki lain.

Kesimpulannya, untuk meyelesaikannya adalah dengan berterus-terang dengan pasangan. Jangan jadikan media sosial sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah. Gunakan medium yang betul, seperti pergi mendapatkan khidmat kaunseling.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *