Cari...

Gaya Hidup Islamik Living

Masjid Bergerak, Boleh Solat Walaupun Berjalan Jauh

Kongsi
masjid

Dulu, ada perpustakaan bergerak, kini masjid pun boleh bergerak. Dalam inovasi teknologi terkini, masjid ini mampu bergerak ke serata jalan raya. Tidak perlu untuk mencari masjid lagi kalau dalam perjalanan. Sudah dipermudahkan.

Ketika Jepun sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020, sebuah syarikat acara sukan dan kebudayaan Tokyo telah mencipta sebuah mobil masjid yang diharapkan dapat membuatkan pengunjung Muslim berasa seperti berada di tempat sendiri.

Yasuharu Inoue, Ketua Pegawai Eksekutif Yasu Project berkata, kekurangan bilangan masjid sebagai persediaan tahun 2020 agak membimbangkan bagi sebuah negara yang menganggap dirinya sebahagian daripada masyarakat antarabangsa. 

Foto: bm.cari.com.my

Jepun kini memiliki anggaran 100,000 hingga 200,000 umat Islam yang bermastautin di negara itu.

Inoue berkata, masjid bergerak keluaran syarikatnya mudah dialihkan ke beberapa kawasan terbabit sukan Olimpik bertujuan menyediakan tempat ibadah yang selesa kepada umat Islam sepanjang kejohanan berlangsung.

“Sebagai negara yang terbuka dan mesra, kami ingin berkongsi idea ‘omotenashi’ (keramahan Jepun) dengan orang Islam,” katanya dalam temu bual seperti dipetik daripada Standard, Uk.

Trak yang tertera tulisan masjid itu asalnya bahagian belakang trak 25 tan yang telah diubahsuai dengan teknologi jepun supaya dapat menggandakan kelebaran trak di mana ruangan solat seluas 48 meter persegi (515 kaki persegi) itu boleh menampung 50 orang.

Foto: bm.cari.com.my

Pengarah perwakilan sebuah syarikat runcit Osaka, Tatsuya Sakaguchi berharap agar Masjid Bergerak ini dapat membantu orang ramai membuka minda di seluruh dunia.

“Melihat orang Islam berada di masjid, mereka kelihatan sangat gembira,” katanya.

Diharapkan dengan keterbukaan Jepun ini menunjukkan bahawa orang Islam turut mempunyai hak untuk melaksanakan ibadat walau di mana sahaja dan dengan pengisian kerohanian itu juga, Islam digambarkan sebagai satu agama yang aman, bukan hanya dikaitkan dengan aktiviti keganasan.

Baca juga  Guna Pelaris Akhirnya Memakan Diri
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *