Cari...

Gaya Hidup

Mandi Lama Di Bilik Mandi Adalah Orang Tidak Bahagia

Kongsi

Orang yang mandi lama-lama dalam bilik mandi ni selalunya orang nya kusut, banyak masalah, dan banyak perkara yang difikirkannya sehingga terlupa yang dia sudah mandi terlalu lama. Orang yang kerjanya stress, memang suka mandi lama-lama kerana mandi boleh membuatnya tenang.

Satu persoalan, adakah anda jenis yang berlama-lama dalam bilik air, mandi sehingga berjam lamanya?Sama ada percaya atau tidak ada kajian yang dilakukan di Yale University mendapati mereka yang yang berlama-lama di bilik air adalah mereka yang cenderung untuk tidak bahagia dalam hidupnya. 

Memetik laman Lifehack, kajian itu menunjukkan bahawa semakin lama dan semakin sering seseorang mandi, maka semakin besar kemungkinan dia adalah dari kalangan mereka yang kesepian dan tidak bahagia. 

mandi lama
harianjogja.com

“Semakin kesepian seseorang, semakin sering mereka mandi..” ujar John Bargh, PhD, salah seorang peneliti. 

Mereka ini berlama-lama kerana gemar mengelamun dan berfantasi. Golongan ini juga cenderung untuk memikirkan masalah dan membiarkan fikiran mereka di awangan. Namun, mengapa pula bila terlalu banyak mengelamun boleh menyebabkan situasi tidak bahagia? Ini kerana ketika seseorang banyak berfikir atau mengelamun tanpa mengaplikasikannya di dunia nyata, ia hanya membuatkan berasa berasa kecewa. 

Alam lamunan dan fantasi itu dijadikan destinasi melarikan diri daripada kenyataan. Sedangkan situasi sebenar di dunia nyata tidak dihadapi dan diselesaikan. Sebaliknya, hal seperti itu tidak dialami mereka yang mandi dalam keadaan singkat. Mereka ini dikatakan memiliki fikiran yang fokus dan terarah. 

Mereka ini tak berasa ingin berlama-lama atau mengelamun kerana sudah puas dengan hubungan sosial yang dimiliki di dunia nyata.

Baca juga  Keliru? Beza "Serve No Pork" Dengan Logo Halal
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *