Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Mandi Air Panas Antara Penyebab Kulit Jadi Kering Dan Kasar

Kongsi

Wanita sememangnya sangat menitikberatkan kecantikkan dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Memiliki kulit tangan yang kasar mampu membuatkan mereka merasa rendah diri. Para ibu terutamanya berhadapan dengan masalah ini.

Mana tidaknya, macam-macam kerja rumah yang perlu dilakukan seperti mencuci baju, memasak, mencuci pinggan mangkuk, mencuci bilik air, mengemop lantai dan sebagainya. Belum campur mandi dan tukarkan lampin anak.

Benarkah mandi air panas terlalu kerap menyebabkan kulit badan anda menjadi kasar dan kering?Foto: Sihat.net

Kebiasaan mandi di dalam air yang terlalu panas boleh menyebabkan kelembapan semula jadi kulit mudah hilang. Akibatnya, kulit mudah kering. Oleh itu, pastikan suhu air mandi tidak terlalu panas supaya kelembapan kulit dapat dikekalkan.

Selain itu, penggunaan sabun atau bahan antiseptik secara berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi tegang dan ketat. Bahkan semakin kerap  terdedah kepada sabun, semakin banyak lapisan minyak pada kulit hilang.

Akibatnya kulit mudah jadi kering, kasar, berkedut malah lebih parah boleh jadi gatal kemerahan dan luka.Sayangnya, wajah dah berseri tapi kulit pula kasar dan kering, memang jadikan diri tak selesa dan boleh hilang keyakinan diri!

Selain itu, penting mak-mak perlu tahu antara tabiat lain yang boleh menjadi PUNCA menyebabkan kulit kering ialah:

1. Penggunaan Pendingin Hawa

Peningkatan penggunaan pendingin hawa, menyebabkan risiko kulit kering semakin meningkat. Suhu pendingin hawa terlalu sejuk boleh menyebabkan persekitaran kurang lembap dan menjadikan kulit kering jika terlalu kerap di dalam bilik.

2. Mandi Terlalu Lama

Mungkin ramai yang tidak tahu, tabiat mandi terlalu lama ini boleh membuat lebih banyak air menguap keluar dari badan. Kulit tidak membuat sentuhan langsung dengan air apabila mandi. Tetapi selepas mandi, air di permukaan badan sebenarnya menguap dan risiko membuat kulit kering. Untuk mengekalkan kelembapan kulit, hadkan masa mandi hingga kira-kira lima ke 10 minit.

Baca juga  Jika Anda Mempunyai Suami Yang Kacak, Anda Harus Lebih Waspada

3. Terlalu Banyak Menggosok Badan

Skrub badan perlu untuk menghilangkan kulit mati. Tetapi jangan terlalu kerap menggunakan skrub untuk mengelak permukaan kulit rosak. Penggunaan alat mandian mandi seperti span, fabrik atau bahan kasar lain menjadikan kulit berasa bersih. Bagaimanapun, perlu ingat hanya perlu menggunakan tangan atau kain lembut untuk membersihkan badan.

4. Kesan Pengambilan Ubat-Ubatan

Terdapat jenis-jenis ubat yang boleh memberi kesan kulit kering termasuk ubat jerawat, tekanan darah tinggi dan kolesterol. Perlu ambil tahu apa yang dimakan dan beri perhatian kepada perubahan kulit setiap hari.

5. Dehidrasi

Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan adalah antara penyebab kulit menjadi kering. Pengambilan air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari  sangat penting bagi memastikan keadaan kulit tidak kering dan sentiasa segar.

6. Cuaca Tak Menentu

Terdedah pada cuaca yang tidak menentu juga mempengaruhi kelembapan kulit.Kulit akan menjadi kering jika cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Terlalu banyak peluh yang keluar dari juga akan menyebabkan kulit menjadi kering.

7. Kurang Pengambilan Makanan Sihat

Penting mengamalkan pemakanan nutrisi sihat, ia mampu mencantikan dan melembapkan kulit secara semula jadi. Terutama yang mengandungi banyak vitamin dan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Kurang pengambilan makanan ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan kering.

Jaga pemakanan anda untuk mendapatkan kulit yang sihat. Jika anda mengalami kulit kering yang teruk, sebaiknya anda berjumpa dengan doktor. Sekian petikan dari Mingguan wanita

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *