Connect with us

Maksud Wanita Comel Di Mata Lelaki

Gaya Hidup

Maksud Wanita Comel Di Mata Lelaki

Maksud Wanita Comel Di Mata Lelaki

Pandangan lelaki terhadap kecantikkan wanita itu berbeza-beza dan merupakan perkara subjektif. Memang hampir semua lelaki suka wanita yang mempunyai wajah yang jelita, cukup memiliki raut wajah yang comel dan perwatakkan yang menyenangkan.

Namun tahukah anda maksud comel yang sebenar di mata lelaki? Wanita yang memiliki peribadi yang agak comel ini biasanya seorang yang sangat sederhana, tetapi suka melakukan sesuatu diluar jangkaan kita. Berikut merupakan “wanita comel di mata lelaki” petikan dari laman bukanaku.com.

1.Suka buat kejutan

Foto: shutterstock.com

Wanita yang suka buat kejutan pada pasangan mereka, kadang kala tidak terfikir sama sekali apa yang dirancang. Selalunya wanita begini seorang yang sangat penyayang. Jadi agak comel bagi lelaki jika pasangannya membuat kejutan pada diri nya.

2. Seorang yang mesra

Foto: atgbcentral.com

Mereka sangat mudah mesra dengan orang sekeliling, malah sangat disenangi oleh orang ramai. Ada saja topik yang hendak dibualkan, anda pasti tidak akan bosan jika keluar dengan wanita sebegini. Tentunya sikap seperti ini mencuit hati dan lelaki akan mengganggap wanita ini sangat comel.

3. Suka buat kelakar

Foto: cristianwoman.co

Wanita yang suka membuat lawak sangat comel di mata lelaki. Walaupun kadang kala lawaknya tidak menjadi, tetapi mereka tetap nampak comel dengan gelagat yang bersahaja dan terbuka. Bukanlah sengaja memaparkan sikap mengada-ngada, tetapi itulah dirinya sebenar.

4. Suka berterus terang

Foto: 7themes.com

Dengan sikap comel mereka itu, mereka sering berterus terang tanpa berselindung jika ada yang mereka tidak berkenan, tetapi selalunya dengan gaya yang santai dan sedikit usikan. Maka ia tidak mencalarkan hati lelaki itu walaupun terus terang tapi dengan usikkan boleh membuat lelaki itu mengakui apa yang dicakapkan.

Baca juga  Nomophobia Tak Mampu Berjauhan Dengan Telefon Bimbit

5. Suka ketawa

Foto: sfwallpaper.com

Jika anda buat lawak, sudah tentu mereka inilah orang pertama yang akan ketawa, ia berlaku secara spontan. Walaupun mereka mudah terhibur, mereka juga tidak keterlaluan. Mereka boleh mengawal situasi dalam gelak ketawa.

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

Advertisement

Trending

Advertisement
Advertisement
loading...
Advertisement
Ke Atas