Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Maksud Cinta Monyet Yang Sebenar Mungkin Anda Tidak Tahu

Kongsi

Maksud Cinta Monyet

Tahukah anda maksud cinta monyet? Cinta yang boleh datang bila-bila masa saja, tanpa disedari dan tidak mengikut usia. Memahami cinta memang tergantung dari peribadi masing-masing, yang disesuaikan dengan logik dan perasaan dalam hati. Ragam sifat cinta membuat pelbagai istilah lucu dan unik tentang cinta, salah satunya adalah istilah Cinta Monyet.

Adakah anda pernah merasai cinta monyet? Cinta monyet sering kali menjadi bahagian kenangan yang tidak mampu untuk dilupakan dalam perjalanan hidup kita. Ia bahkan sentiasa membuat kita terhibur dan tersenyum di kala mengingatnya.

Cinta Masa Kecil / Cinta Pertama

maksud
Foto: japanesestation.com

Cinta monyet adalah cinta masa anak-anak, cinta yang dialami oleh orang yang baru memasuki usia remaja. Kenapa cinta pada usia akil baligh disebut cinta monyet? Kerana fizikal dan perasaan anak-anak dianggap sama ukurannya dengan monyet, sehingga cintanya pun disebut cinta monyet.

Cinta Monyet bagi sebahagian orang adalah cinta pertama. Kenapa cinta pertama tersebut disebut dengan cinta monyet? Kalau menurut teori Charles Darwin, tahap evolusi manusia pertama adalah berasal dari monyet, jadi cinta yang pertama pun juga disebut cinta monyet. Arum bulak~

Cinta Yang Tidak Ada Komitmen

maksud cinta
Foto: hipwee.com

Cinta yang tidak memiliki komitmen, tidak mempunyai visi misi yang jelas, dan cinta yang tidak mempunyai arah tujuan yang jelas disebut sebagai cinta monyet. Kenapa jalinan cinta seperti ini harus dinamakan Cinta Monyet? Kerana sifat monyet yang suka panjat sana panjat sini, merupakan gambaran bagi orang yang tidak boleh berkomitmen (setia) dalam jalinan asmaranya, sehingga cintanya pun disebut cinta monyet.

Cinta Main-Main

maksud cinta monyet
Foto: jayaberkata.com

Orang-orang yang memiliki rasa cinta seperti ini memang tidak pernah serius menjalani pertalian cintanya. Seperti seekor monyet yang suka bergurau dan bermain-main walaupun usianya sudah dewasa.

Baca juga  Orang Selalu Lambat Merupakan Seorang Yang Kreatif

Kerana dia hanya menganggap cintanya hanya sebagai mainan belaka (mengisi waktu luang) maka cintanya pun disebut sebagai “Cinta Monyet”. Monyet suka bergayut di dahan-dahan pohon, cinta ini pun suka bergayut di banyak hati.

Cinta Pencarian

maksud cinta monyet
Foto: hipwee.com

Cinta monyet adalah cinta pencarian, cinta dalam tahap pembelajaran untuk menemukan cinta yang sebenarnya (sejati). Apa yang dicari dalam cinta monyet? Yang dicari adalah erti cinta, pelajaran tentang cara mencintai yang benar, dan mencari cinta yang penuh keserasian.

Kenapa cinta pencarian disebut cinta monyet? Kerana monyet suka mencari kutu. Monyet sering mencari kutu di badan kawan-kawannya. Monyet yang kutunya paling sedap, maka akan sering dicari kutunya, kemudian diajak ehem2~

Sumber: www.diedit.com

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *