Connect with us

Makan Aiskrim Vanilla Boleh Sembuhkan Sakit Tonsil?

Gaya Hidup

Makan Aiskrim Vanilla Boleh Sembuhkan Sakit Tonsil?

Mesti ramai yang pernah dengar kan orang cakap makan aiskrim vanilla dapat sembuhkan sakit tekak atau tonsil. Tips ini sangat terkenal dan ramai yang telah mencubanya. Ada yang berkesan dan ada pula yang berulang kali makan, sakit tekak tak juga hilang-hilang.

Sejauh manakah kebenarannya? Adakah betul tips ini atau hanya mitos semata-mata? Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita baca penjelasan daripada Doktor Rahim ini. Semoga bermanfaat buat semua.

“Betul ke makan AIS KRIM VANILLA BOLEH menyembuh penyakit TONSILLITIS?”

Tonsil sebagai bodyguard

Tonsil sebagai bodyguard diciptakan Allah di bahagian tepi kerengkong ( kanan & kiri ) sebagai bodyguard semulajadi dan punyai sistem imun/pertahanan untuk melindungi tubuh anda dari beragam infeksi yg masuk melalui mulut kita.

Kalau ada infeksi virus atau kuman di tekak kita, sistem limphatik tonsil akan activate, membengkak dan radang untuk melawan infeksi tersebut. Keadaan ini di panggil TONSILLITIS.

Tonsil disebabkan virus atau bakteria

Jika infeksi di tonsil disebabkan virus ( Epstein Barr, Adenovirus, Measles), tonsil tu bengkak dan sakit sahaja. Kalau infeksi disebabkan bakteria, tonsil tu bengkak, sakit dan boleh bernanah.

Golongan kanak-kanak mudah dijangkiti

Golongan yang kerap kena TONSILLITIS ialah kanak-kanak antara 2-15 tahun. Tak kecuali golongan veteran di mana pertahanan badan dah mula menurun.

Bila dijangkiti TONSILLITIS :

a. Sakit tekak teramat sangat sebab bengkakan TONSIL.

b. Demam tinggi terlalu kerap.

c. Sakit kepala, sakit badan, urat sendi.

d. Suara serak atau hilang suara.

e. Mulut berbau busuk.

f. Berdengkur.

g. Ada bengkakkan Lymph Node di leher.

MITOS/KEPERCAYAAN RAMAI

Ais krim TIDAK boleh menyembuhkan TONSILLITIS. Ais krim hanya mereda sedikit kesakitan kerongkong dan diberi kepada kanak-kanak yang hilang selera makan kerana tonsilitis supaya mereka bertenaga.

Baca juga  Diberi Ganjaran RM5 Seekor Jika Dapat Menangkap Serangga Ini

Tak kisah ais krim Vanilla, Coklat, Strawberry dan lain-lain. Kadang-kala ais krim akan memburuk lagi TONSILLITIS kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebenarnya ais krim diberi kepada pesakit selepas TONSILS mereka dikeluarkan dalam pembedahan iaitu TONSILECTOMY. Ia membantu menghentikan pendarahan akibat luka yang disebabkan oleh pembedahan tu.

Sekian, semoga kebenaran ini dapat memberi anda pengajaran yang sebenar. Sebarkan!

 

Sumber: siakapkeli

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

To Top