Cari...

Gaya Hidup

Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Miliki Akal Yang Lebih Bijak – Kajian

Kongsi

Melakukan kerja rumah bukanlah hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja, tetapi ianya juga tanggungjawab kaum lelaki jika anda sudah berumahtangga. Ramai lelaki beranggapan bahawa mengemas, membasuh adalah tugas wanita sahaja.

Tahukah anda bahawa, tugasan mengemas dan mencuci adalah tugas utama kaum lelaki. Wanita hanyalah sekadar membantu sahaja. Oleh kerana sering dikatakan mengemas itu tugas wanita, lelaki jadi malas dan lepas tangan begitu sahaja.

Foto: hiburan.cari.com.my

Menurut kajian oleh Dr. Huang Wei Li daripada Taiwan, lelaki yang rajin melakukan kerja rumah akan mendapat 3 manfaat ini, iaitu tinggi EQ, badan yang sihat serta kehidupan yang lebih baik.

Foto: viwanita.com

Manfaat ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka hebat untuk mengaturkan masa untuk tugas yang berbeza dan menyelesaikannya.

Tambah lagi, lelaki yang rajin mengemas rumah tahu bagaimana untuk meredakan tekanan dan mengelakkan dari menggunakan emosi dalam apa-apa keadaan. Mereka juga mempunyai kehidupan yang baik kerana banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

Jika dalam fikiran anda masih beranggapan bahawa tugasan tersebut hanya tugasan wanita, mungkin anda sudah boleh mula ubah persepsi anda. Sekian petikan dari Era.je

Baca juga  Ribuan Orang Mengimplan Micro Chip Ke Dalam Badan Untuk Hidup Senang
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *