Cari...

Gaya Hidup

Lelaki Lebih Gemar Berjumpa Dengan Kawan Berbanding Kekasih

Kongsi

Lelaki lebih gemar berjumpa dengan kawan berbanding kekasih hati mereka. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini? Lelaki lebih gemar berjumpa dengan kawan berbanding kekasih hati mereka. Menurut tinjauan yang dibuat, dalam 1,500 orang lelaki, 54% dari mereka lebih memilih untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding kekasih.

Hal ini kerana dalam pergaulan lelaki, mereka lebih rasa seronok apabila bertemu dengan kawan-kawan tanpa menyembunyikan perangai sebenar. Mereka lebih jujur dalam bergaul dan melepaskan segala perasaan tanpa memikirkan takut untuk tersalah kata atau hati terguris.

Gemar Berjumpa Dengan Kawan
Foto: pairedlife.com

Gemar Berjumpa Dengan Kawan

Bagi lelaki, jika mereka bergaduh, mereka akan berbaik semula dalam masa yang terdekat. Maka, tidak hairanlah persahabatan lelaki ini lebih panjang berbanding wanita. Secara purata, persahabatan lelaki boleh bertahan sehingga 19 tahun. Walaupun mereka asyik bertengkar, tapi mereka cepat berbaik.

Secara purata, lelaki akan berjumpa sekurang-kurangnya lima orang rakan mereka dalam tempoh tiga kali seminggu. Namun ada juga yang mengaku bertemu kawan mereka lebih kerap daripada itu.

Tapi kenapa?

Ini antara sebab mengapa mereka memilih berseronok keluar dengan rakan mereka. Pertama kerana mereka kelakar. Kedua, mereka setia mendengar masalah jika mereka berterus terang dengan masalah mereka. Mereka turut mengakui hubungan bromances (hubungan erat antara sahabat lelaki) adalah lebih seronok kerana mereka tidak perlu berpura-pura seperti yang dilakukan kepada pasangan mereka.

Namun, dalam aspek yang lain, lelaki lebih senang bercuti bersama pasangan mereka berbanding kawan-kawan dan bersetuju pasangan mereka lebih mengenali mereka berbanding orang lain.

Tapi, dalam banyak-banyak kawan, kawan yang berdarah B lebih baik. Kenapa?

Sumber: dhia.com.my

Baca juga  Terdapat Lebih 10 Ribu Bakteria Dalam Beg Tangan Wanita
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *