Cari...

Cerita Menarik Gaya Hidup unik

Lelaki Kahwin 39 Isteri, Punyai 94 Orang Anak

Kongsi

Perkara yang sukar di duga dimana seorang lelaki mampu menanggung 39 isterinya di satu kediaman bangunan 4 tingkat. Dan kesemua penduduk di dalam bangunan tersebut adalah keluarganya. Seorang lelaki bernama Ziona, 74, dilaporkan merupakan bapa kepada 94 orang anak.

Hasil daripada hidup berpoligami, dia juga mempunyai 14 menantu perempuan dan 33 cucu. Secara keseluruhannya, Ziona mempunyai 180 orang ahli keluarga.

Menurut Daily Star, Ziona adalah ketua keluarga terbesar di dunia yang semuanya tinggal bersama dalam satu rumah empat tingkat yang mempunyai 100 bilik.

Namun begitu, anak-anak perempuannya yang telah berkahwin dikatakan tinggal berasingan dengan suami masing-masing.

“Saya menganggap diri saya sebagai seorang lelaki yang bertuah kerana dapat menjadi suami kepada 39 wanita dan menjadi ketua keluarga terbesar di dunia.”

Ziona mula berkahwin dengan isteri pertamanya , Zathiangi, ketika dia berusia 17 tahun. Isteri pertamanya itulah yang bertanggungjawab menguruskan rumah tersebut.

Zathiangi juga turut mengaturkan tugas untuk madu-madunya seperti mencuci, membersihkan serta memasak di rumah tersebut.

Bagaimana pula kuantiti makanan mereka dalam sehari dan bagaimana pula mereka dapat menampung keperluan makanan untuk keluarga mereka itu?

Menurut Daily Mail, satu sesi makan malam memerlukan 30 ekor ayam, 132lb kentang dan 220lb nasi.

Kebanyakan daripada sumber makanan mereka juga banyak di tanam di kebun yang terletak di belakang rumah mereka. Antara tanaman yang terdapat di kebun mereka itu adalah bayam, kubis, mustard dan brokoli. Mereka juga dilaporkan tidak kerap memakan daging.

Menurut portal Life Beyond Numbers, Ziona banyak terima sumbangan daripada pengikutnya bagi membantu membiayai perbelanjaan keluarga besarnya itu.

Ziona mengahwini sepuluh isterinya dalam jangka masa hanya satu tahun, lapor The Telegraph.

Baca juga  Tengkorak Tumbuh Tanduk Kerana Menghadap Telefon Bimbit

Walaupun dia mempunyai ramai isteri, namun katanya semua isteri-isterinya itu hidup bersama dengan harmoni.

Isterinya yang paling muda difahamkan tidur berdekatan dengan bilik tidurnya, manakala bilik isteri yang tua terletak jauh dengannya.

22 isteri Ziona rata-ratanya berusia di bawah 40 tahun.

Ziona juga turut membuat sistem penggiliran untuk bermalam bersama kesemua isterinya bagi berlaku adil.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *