Cari...

Info Menarik Kesihatan Uncategorized

Lelaki Kacak Adalah Lelaki Yang Cukur Bulu Ketiak!

Kongsi

Sebagai seorang lelaki, anda harus menjaga penampilan diri dengan baik. Tidak perlu keterlaluan, cukup anda menjaga kebersihan diri anda terutamanya dibahagian bawah lengan ataupun ketiak.

Jika anda tidak menjaga kebersihan diri, bau badan anda akan sangat berbau dan kurang disenangi oleh orang disekeliling. Tahukah anda, sangat penting untuk anda mencukur bulu ketiak anda, supaya anda tidak cepat berpeluh dan berbau masam.

Bulu ketiak merupakan entiti yang kurang gemar di sentuh baik bagi lelaki mahupun wanita. Tambahan lagi dengan dilema sama ada perlu mencukur atau tidak bulu ketiak. Isu yang menarik telah membuat kajian dan survey tentang kenapa lelaki perlu mencukur bulu ketiak mereka.

Ini antara sebab mengapa anda harus mencukur bulu ketiak anda. Jangan ambil mudah akan perkara ini ya!

Foto: Maskulin

Kerana Bau Kurang Menyenangkan

Pastinya ramai yang mengetahui bahawa ketiak merupakan anggota badan yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bulu ketiak yang terperangkap di bawah lengan akan menjadikan anda tidak selesa dan tertekan ditambah pula dengan bau badan serta peluh yang melekit, pastinya membuatkan anda seribu kali tidak selesa bukan?

Untuk Kekal Bersih Dan Selesa

Penting buat lelaki untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan diri dengan mencukur bulu ketiak serta merapikannya. Merapikan bulu ketiak adalah perlu untuk mengelakan dari bulu ketiak saling berbersimpul dan menyebabkan ketiak anda gatal-gatal.

Selain itu, anda mesti tak mahu bulu ketiak yang lebat seperti hutan membuatkan hari-hari mendatang tertekan bukan?

Evolusi

Setiap helaian rambut yang terdapat pada anggota badan mempunyai fungsi masing-masing. Contohnya rambut yang terdapat di atas kepala adalah melindungi daripada cahaya matahari serta memberi pelindungan.

Baca juga  Risiko Stress Terhadap Penjawat Awam, Tinggi

Manakala rambut atau bulu yang terdapat pada ketiak pula dikata pada zaman purba dahulu kala ia berfungsi untuk menarik perhatian jantina yang berlainan. Tapi cara sedemikian hanya sesuai di guna pakai pada waktu dan zaman lalu dan tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang.

Bila Lelaki Harus Mencukur Bulu Ketiak

Nak tahu bila anda harus cukur bulu ketiak? Sebenarnya tak susah pun, jika anda memiliki bulu ketiak keriting atau apabila anda mengangkat lengan anda dan mucul segerombol bulu ketiak yang bersepah atau ketiak serta bulu ketiak anda berbau, nah itulah masa yang perlu anda cukur bulu ketiak anda.

Wanita mahupun lelaki, anda seharusnya menjaga kebersihan diri anda. Kecantikkan dan ketampanan raut wajah tidak menjaminkan keselesaan orang berkawan dengan anda. Jika bau badan anda wangi, sudah pasti ramai yang ingin mendekati anda walaupun rupa anda biasa-biasa sahaja. Tiada gunanya berwajah kacak, tetapi bau dan busuk dan berbau. Sekian petikan dari wanista.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *