Connect with us

Lelaki Ini Mencipta Pil Kentut Wangi

Kesihatan

Lelaki Ini Mencipta Pil Kentut Wangi

Pernahkah anda terfikir tentang kentut anda boleh menghasilkan bau wangi? Tentu anda rasa lucu kan? Tapi ianya benar! Kerana seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.

Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.

Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.

Foto: google

Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.

Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.

Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.

“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.

“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.

Kalau pil ini dikomersialkan, tak lah kita akan mencaci orang yang kentut tu nanti kan?

Sumber: utusan.com

Baca juga  Pelukis Ini Mampu Melukis Dirinya Sendiri Dengan Teknik Yang Sangat Ringkas
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kesihatan

Ke Atas
loading...
loading...