Cari...

Gaya Hidup unik

Lelaki Ini Membeli Laut Untuk Membuktikan Cintanya

Kongsi

Sangat menarik! Terdengar bunyi seperti sangat pelik tapi ianya benar-benar berlaku kepada seorang wanita ini apabila teman lelakinya membelinya laut.

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut di media sosial selepas menerima hadiah luar biasa daripada teman lelakinya sempena Hari Kekasih di China pada 20 Mei lalu, iaitu hak terhadap 210 hektar lautan.

Kawasan laut di pesisiran wilayah Shandong itu, berhampiran Pulau Cheniushan sebelum ini dimiliki syarikat menternak ikan sebelum dibeli teman lelaki wanita terbabit dalam lelongan dalam talian.

Lelaki bernama Zhang itu dilaporkan membayar 682,662 yuan (RM414, 161.26) sebelum menawarkannya kepada teman wanitanya sebagai cara memujuknya kerana tidak membeli hadiah pada 20 Mei lalu.

Walaupun mungkin bukan hadiah paling romantik, hadiah unik itu memberi peluang untuknya bermegah di media sosial.

Media tempatan di Shandong menyiarkan tangkap layar daripada aplikasi WeChat yang menunjukkan wanita itu menceritakan hadiah diberikan teman lelakinya, termasuk tangkap layar laman bidaan itu yang memaparkan harga, lokasi dan gambar kawasan laut berkenaan.

beli laut
Foto: hmetro.com

Walaupun ramai yang sekadar terhibur dengan gambar yang tular itu, ada juga yang mempertikaikan sama ada ia sahih.

“Lagipun apa tujuannya membida hak penggunaan terhadap laut? Adakah dia mahu menternak ikan kerana teman wanitanya sukakan makanan laut?” kata seorang pengguna Weibo.

Sementara itu, peguam Zhang Xinnian memberitahu akhbar The Paper, proses itu sah mengikut undang-undang China.

“Mengikut undang-undang hartanah, perairan wilayah adalah milik negara dan tidak boleh dijual beli. Namun negara turut melindungi hak penggunaan yang diperoleh secara sah mengikut undang-undang.

“Organisasi dan individu boleh memohon hak menggunakan kawasan perairan dengan jabatan pentadbiran hal ehwal marin,” katanya.

Baca juga  Ketahui Sifat Wanita Yang Menyukai Warna Biru

Malah, katanya, mereka yang mendapat hak berkenaan juga boleh memindahkan, menyewa atau memajaknya sepanjang tempoh pemilikan. Petikan dari laman hmetro.com.my.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *