Cari...

Info Menarik

Langkah Mudah Muslimah Kekal Anggun Dan Bergaya

Kongsi

Menjadi wanita muslimah bukan satu perkara yang mudah, segalanya agak sukar bagi mereka yang baru sahaja mendekatkan diri pada yang Esa. Semuanya perlu dijaga, dari segi gaya percakapan, gaya berpakaian. Wanita muslimah dikenali sebagai wanita yang ayu dan sopan. Walaupun begitu, ianya tidak menghalang wanita muslimah berfesyen.

Siapa kata wanita muslimah tidak boleh bergaya? Boleh, selagi gaya tersebut mematuhi syarat dan syariat islam. Islam bukanlah agama yang membelenggu kecantikan seseorang wanita, namun hanya mengatur saat kecantikan tersebut harus ditampilkan dan disembunyikan
Jadi yang paling penting adalah bagaimana memastikan diri kita selalu bersih, anggun dan sentiasa dapat diterima oleh orang lain. Tidak perlu berbelanja mahal untuk menjaga penampilan diri, cukuplah secara sederhana dan mudah.

Jom kita lihat langkah mudah bagi para muslimah untuk kelihatan cantik dan anggun

1. Gantilah Tudung Sehari Sekali

Janganlah terlalu berkira dalam hal tudung. Gantilah tudung yang dipakai apabila seharian memakainya. Jangan menggunakan tudung yang boleh dipakai pada kedua-dua belah bahagiannya. Maksudnya jika pada hari ini sudah memakai tudung dengan satu sisi, esoknya memakai tudung yang sama dengan sisi yang satu lagi.

Jangan merasa senang apatah lagi merasa selesa dengan sistem bolak-balik atau recycle tudung seperti ini. Ini kerana mungkin tudung yang sudah dipakai seharian itu telah terkena peluh. Mungkin telah basah dengan peluh kemudian peluh itu mengering.

Peluh yang kering akan mengeluarkan bau yang lebih teruk dari bau peluh yang masih basah. Semestinya terdapat bakteria pada tudung tersebut.

Oleh itu sila take note perkara ini wahai muslimah yang cantik. Jagalah kebersihan.

2. Sentiasa Tukar Pakaian

Seperti tudung, baju perlu diganti supaya bau busuk peluh tidak tersebar ke seluruh dunia. Jika terpaksa atau pakaian hanya baru dipakai sekejap, jangan melebihi dua hari.

Baca juga  Membina Rumah Kecil Dengan Cara Kontraktor

Bau yang daripada pakaian yang telah dipakai mungkin menyebabkan bau yang tidak menyenangkan pada deria orang lain disekeliling kita.

Selalunya pakaian yang telah dipakai secara “recycle” ini biasanya telah tercemar dengan peluh dan terdapat bakteria padanya, yang nantinya akan menimbulkan gatal-gatal yang tidak selesa pada badan kita. Tak ke nanti kita akan tergaru-garu setiap waktu dan tidak tenang.

Sentiasa membawa pakaian ekstra jika terpaksa ke luar kawasan yang jauh. Jagalah penampilan diri dan maruah kita. Lebih-lebih lagi kesejahteraan orang lain.

3. Memakai Deodorant

Untuk menutup bau badan yang kurang menyenangkan, kita boleh memakai deodorant. Pelbagai jenis produk deodoran boleh didapati dipasaran. Pilih lah mengikut kesukaan dan keselesaan kita.

Dan jangan lupa memakainya selepas mandi.

Tidak mengapa jika tidak suka memakai minyak wangi atau tidak suka berwangi-wangian, asal tidak menyebarkan bau ‘busuk’ kita kepada orang lain.

4. Jangan Malas Mandi

Ini adalah antara penyakit gadis masa sekarang, liat untuk mandi terutamanya pada waktu pagi. Sejuk alasanya!

Jangan sesekali menjadikan perangai sebegini sebagai satu kelaziman dalam hidup kita. Ini kerana, mandi adalah satu cara yang paling utama dalam memastikan badan sentiasa bersih.

Oleh itu, perangai liat untuk mandi merupakan tanda-tanda betapa kita adalah seorang yang memandang ringan tentang aspek penjagaan kebersihan diri.

Jangan sesekali ciri yang sedemikian melekat pada diri kerana ia akan mengundang kesan yang kurang baik kepada diri sendiri. Sekian petikan dari anggunmuslimah.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *