Cari...

Info Menarik Tips Menarik

Langkah-Langkah Untuk Menjimatkan Bateri Telefon

Kongsi

Tahukah anda langkah-langkah untuk menjimatkan bateri telefon anda? Telefon adalah salah satu keperluan yang sangat penting pada zaman kini. Rata-rata daripada kita memilikinya dan berbeza jenama. Namun, permasalahan yang kita semua hadapi adalah sama, iaitu bateri telefon yang mudah ‘low’ sedangkan ianya baru dibeli.

Jika ketika baharu membelinya dahulu, baterinya boleh bertahan selama 10 jam sebelum ia perlu dicas semula. Dua tahun kemudian, anda akan mendapati bahawa ‘nyawanya’ bertahan selama lima jam sahaja. Mengapakah ia menjadi begitu? Mesti anda tertanya-tanya.

langkah menjimatkan bateri telefon
Foto: Gloviss

Langkah Menjimatkan Bateri Telefon

Ini bukan imaginasi. Apabila bateri semakin ‘berumur,’ kemampuannya untuk mengekalkan cas lama-lama akan berkurangan. Hal ini kerana kitaran sel-sel bateri mulai berkurang ion nya. Ion2 pada bateri penting untuk memberikan tenaga kepada telefon kita. Ianya ada ion + dan ion -.

Jika perkara ini kerap berlaku kepada anda, jangan risau. Tidak semestinya anda perlu menukar bateri ini kepada yang baharu, ataupun anda perlu membeli telefon baharu terus.

langkah menjimatkan bateri telefon
Foto\: Wanista.com

Di bawah ini ialah beberapa panduan yang anda boleh ikuti supaya bateri anda mampu bertahan lebih lama. Jika anda tidak mempunyai powerbank tetapi perlu berjimat bateri sebanyak mana yang mungkin, panduan Time ini memang berguna.

Pastikan perisian telefon anda sentiasa dikemaskini

Pengeluar telefon pintar seperti Apple dan Samsung akan sentiasa menghantar pesanan ‘kemaskini’  untuk alat elektronik mereka walaupun kadangkala peringatan itu menjengkelkan juga kerana anda perlu kemaskini setiap masa.

Sebenarnya ‘kemaskini’ yang disarankan itu ada tujuannya: Perisian yang terkini boleh membantu memastikan telefon anda menawarkan cas telefon terbanyak

Kurangkan penggunaan bateri latar belakang

Sesetengah aplikasi akan beroperasi di latar belakang sistem telefon anda, walaupun anda tidak menggunakannya.

Baca juga  9 Cara Untuk Membanteras Kumbang Beras Secara Berkesan

Anda boleh pilih untuk memberi kebenaran atau mengehadkan aplikasi berkenaan daripada berbuat demikian.

Jika sesuatu aplikasi itu nampaknya memerlukan bateri dengan banyak, anda boleh juga memilih untuk buang sahaja aplikasi itu.

Untuk melakukan langkah ini, anda hanya perlu pergi ke Setting.

Malapkan cahaya skrin

langkah menjimatkan bateri telefon
Foto: Deenamik

Lagi cerah skrin anda, lagi cepatlah bateri akan mati. Jadi apabila anda memerlukan bateri untuk bertahan, anda patut kurangkan kadar pengcahayaan skrin telefon anda.

Anda juga patut elak daripada melakukan apa jua yang memerlukan kuasa pemprosesan seperti bermain game, menonton video ataupun menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze.

Satu lagi cara ialah untuk mematikan pemberitahuan yang akan mencerahkan paparan skrin anda walaupun apabila anda tidak menggunakannya.

Putuskan connection

Pasangkan mod kapal terbang supaya hubungan telefon anda dengan pembekal perkhidmatan rangkaian mudah alih anda terhenti seketika.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan Wi-Fi kerana ia memerlukan lebih kurang bateri berbanding rangkaian selular.

Gunakan pilihan “battery saver” atau “low power mode

Setiap telefon pintar pasti ada pilihan battery saver yang mengehadkan penggunaan bateri telefon anda. Apabila bateri anda semakin kurang, anda sepatutnya mendapat notifikasi yang mengingatkan anda untuk memasang ‘battery saver’ hanya dengan satu sentuhan.

Moga tip ini mampu bantu anda menyelesaikan masalah anda. Moga bermanfaat untuk semua.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *