Cari...

Gaya Hidup

Hanya Kerana langgar lampu Isyarat, Polis Tembak Dan Biarkan Mangsa

Kongsi

Melanggar lampu isyarat adalah salah satu masalah yang seringkali kita dengar, bagi mereka yang tidak menghiraukan undang-undang jalan raya, sudah pasti ianya hanyalah perkara biasa. Tahukah anda bahawa dengan perbuatan anda itu mampu mencederakan pengguna jalan raya yang lain?

Kadang kala kita berfikir bahawa tidak menjadi masalah jika sekali sekala melanggar peraturan di jalan raya. Namun, malang tidak berbau, ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa mengira masa. Maka hendaklah sentiasa berhati-hati apabila di jalan raya. Jangan pentingkan diri sendiri kerana orang lain juga pengguna jalan raya.

Semalam, seorang lelaki telah menuntut keadilan diatas kecederaan yang berlaku terhadap anak saudaranya akibat ditembak  oleh anggota polis trafik. Muhd Alif Aiman bin Anuar, 21 yang bekerja sebagai tukang paip telah ditembak semasa sedang membonceng motosikal bersama rakannya.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, ibu mangsa yang dikenali sebagai Hashimah Mahmood, 49, berkata, dia difahamkan anak ketiga daripada lima beradik itu ditembak selepas melanggar lampu isyarat.

langgar lampu isyarat
Foto: Berita Harian

Keengganan rakannya memberhentikan motosikal menyebabkan polis trafik mengejar mangsa dan melepaskan tembakan. Kesan daripada tembakan yang dilepaskan, peluru tersebut  telah terkena bahagian tangan kirinya.

langgar lampu isyarat
Foto: Berita Harian

Namun begitu, selepas ditembak, anggota polis tersebut hanya membiarkan dia berlumuran darah dan membiarkan sahaja di bahu jalan tanpa membantu menelefon ambulans.

“Berdasarkan apa yang diberitahu anak saya, selepas ditembak, anggota itu meninggalkan anak saya dalam keadaan berlumuran darah dan tidak membantu menghubungi ambulans. Perbuatan anggota itu tidak wajar.” – Ibu

Laporan polis telah dibuat

langgar lampu isyarat
Foto: Berita Harian

Laporan polis daripada pihak polis trafik

Foto: Berita Harian

Menerusi perkongsian daripada sumber, rata-rata netizen mulai mempersoalkan tindakan yang diambil oleh anggota polis tersebut yang melepaskan tembakan sewenang-wenangnya. Mereka juga meminta agar kes ini disiasat seadilnya bagi membela nasib mangsa. Semoga perkara ini menjadi nasihat kepada orang lain untuk mematuhi peraturan di jalan raya. Sekian petikan dari laman sesawang Berita Harian.

Baca juga  Makan Aiskrim Vanilla Boleh Sembuhkan Sakit Tonsil?

Lagi artikel tentang Kereta Dilanggar Dari Belakang? Tahu Apa Perlu Anda Buat?

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *