Cari...

Cerita Menarik

Kurus Dan Jelita Dengan Buah Sengkuang

Kongsi

Sengkuang adalah salah satu sayuran yang sangat terkenal di Malaysia, sengkuang dimakan bersama buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah. Ada juga yang memakan sengkuang dengan meletakkan sos dan menabur kacang hancur di atasnya.

Rasanya manis dan sedikit berkanji amat disukai oleh sesetengah orang di Malaysia, ianya boleh dimakan secara mentah atau dimasak melalui cara goreng kilas, dibuat sup atau dicampur dengan makanan laut mahu pun daging.

Banyak kelebihan dan juga khasiat yang ada pada sengkuang, ianya dikatakan amat baik untuk perut dan juga mampu merawat masalah kulit muka. Jom kita lihat kelebihan yang ada pada sengkuang.

Foto: saveursdesingapour.com

Merangsang pencernaan dengan baik

Sengkuang mengandungi kandungan inulin, ianya mampu menyembuhkan perut dengan menentang keradangan. Mampu membantu menyerap zat yang masih ada dalam usus agar tubuh mendapat kebaikan daripadanya. Selain itu ianya mampu merawat sembelit.

Merendahkan tahap kolestrol

Mampu mencegah usus daripada menyerap terlalu banyak kolesterol sekaligus mengurangkan pengambilan harian kolesterol oleh tubuh. Lebihan kolesterol itu akan keluar melalui air kencing.

Mencerahkan Kulit

Sengkuang mengandungi bahagian vitamin C yang tinggi dan dikatakan mampu membuatkan tubuh menjadi muda semula. Ianyanya mampu memudarkan kesan jerawat dengan sangat berkesan. Ambil sengkuang dan lenyek bersama kunyit, setelah itu anda sapukan pada kesan jerawat. Amalkan 2 kali seminggu dan anda akan mendapat kesan yang baik.

Mengekalkan gula dalam darah

Tahap gula yang tidak stabil boleh membahayakan kesihatan terutamanya jika anda menghidap diabetes. Mungkin sengkuang adalah ramuan yang paling baik untuk tahap gula tidak stabil bagi mencegah diabetes daripada berlaku. Ini kerana kehadiran inulin di dalam sengkuang dikatakan hampir tidak ada kalori dan boleh menahan keperluan gula yang diperlukan tubuh tidak melebihi jumlah yang diperlukan. Gula berlebihan itu akan keluar melalui bentuk air kencing.

Baca juga  Wanita Lebih Cepat Move On Berbanding Lelaki
Menguatkan sistem imun

Vitamin C yang terdapat dalam sengkuang katakan mampu membantu menyembuhkan sel-sel dan tisu dalam tubuh sekaligus mampu merangsang sistem imun. Kelebihan ini mampu membantu tubuh untuk menentang penyakit bahaya yang mampu merosakkan tubuh.

Menentang kanser

Kehadiran antioksidan dalam sengkuang amat baik untuk tubuh dalam pelbagai cara. Dikatakan sifat-sifat antioksidan dalam sengkuang boleh menjadi kunci untuk menentang radikal bebas yang membawa kepada pembentukan sel kanser.

Mengekalkan metabolisma yang menyihatkan

Kandungan nilai pemakanan dalam sengkuang membenarkannya memperbaiki metabolisme. Dalam sengkuang terdapat folat, riboflavin dan vitamin B kompleks yang dikatakan mampu menstabilkan perut daripada sebarang rasa sakit. Ia juga dikatakan mampu memecahkan zat untuk diserap ke dalam aliran darah dan melepaskan tenaga menjadikannya penting untuk perut.

Merangsang kehamilan sihat

Selalunya ketika hamil, wanita perlu mengambil pil folat yang diperlukan untuk pembesaran bayi secara sihat sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil juga boleh memakan sengkuang sebagai cara semula jadi dalam memenuhi keperluan folat yang diperlukan tubuh kerana sengkung mengandungi folat.M

Mengurangkan Berat Badan

Dikatakan 100 gram sengkuang mengandungi lebih kurang 35 kalori. Selain itu sengkuang tinggi kandungan air dan serat yang pasti membantu anda rasa kenyang lebih lama. Sengkuang juga boleh dijadikan snek terbaik bagi mengurangkan selera makan dan menahan rasa teringin makan tanpa menambah sebarang berat badan atau kehilangan sebarang kebaikan nilai pemakanan.

Amalkan makanan yang sihat bagi mengurangkan berat badan. Jangan sesuka hati memilih produk yang tidak tahu bahan kandungannya. Sekian petikan dari Mingguan.my

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *