Cari...

Kecantikkan

Muka Berjerawat Boleh Hilang Dengan Kulit Tembikai

Kongsi
muka

Tahukah anda, kulit tembikai mampu untuk hilangkan jerawat pada muka? Sesiapa pun tidak suka apabila kulit muka menjadi ‘sarang’ jerawat. Masalah jerawat ini bukan sahaja dialami oleh kaum wanita, malah juga kaum lelaki.

Wajah merupakan salah satu bahagian tubuh yang paling mendapat banyak perhatian dari orang-orang di sekitar kita, maka tidak hairanlah jika kita ingin wajah kita terlihat cerah dan sihat. 

Foto: illuminasi.com

Masalah kulit

Kulit yang mengalami masalah jerawat biasanya terdedah dengan udara yang kurang sihat. Pengamalan pemakanan yang kurang sihat juga menjadi faktor utama. Kebersihan kulit haruslah dijaga supaya kulit sentiasa bersih dan sihat. Sekaligus dapat menghindarkan terjadinya masalah kulit berjerawat ini.

Banyak produk yang berada dipasaran, semuanya menjanjikan kulit cantik mulus, namun tidak semuanya berkesan. Hal ini kerana kulit manusia berbeza dan setiap orang memiliki masalah yang berlainan.

Untuk hasil yang baik, anda seharusnya gunalah bahan-bahan alam semula jadi seperti buah-buahan. Kerana buah-buahan mempunyai vitamin yang baik untuk kulit muka.

muka
Foto: healthline.com

Manfaat Tembikai Untuk Kulit Muka

Untuk mengelakkan diri dari tersalah pilih produk, apa kata jika anda mencuba kaedah semulajadi ini. Buah tembikai kaya vitamin A, C, dan B6. Tapi lepas habis makan buah tembikai, anda akan nampak isi putih.

Isi putih buah tembikai tersebut sebenarnya boleh dijadikan ubat kerana ia mengandungi lycopene yang merupakan antioksidan dan berkesan merawat kulit berjerawat.

Vitamin C banyak ditemui pada lapisan epidermis (lapisan luar kulit) dan dermis (lapisan dalam kulit). Vitamin ini berfungsi untuk melawan kanser atau sebagai antioksidan dan mengatur produksi kolagen untuk menjaga agar kulit anda tetap sihat.

Inilah sebabnya, vitamin C merupakan salah satu bahan penting yang digunakan untuk produk-produk anti-aging.

Cara untuk merawat wajah jerawat adalah dengan mengisar bahagian putih tersebut kemudian diletakkan ke seluruh wajah seperti menggunakan topeng.

Baca juga  Sifat Cinta Jujur Seorang Wanita Dalam Hubungan

Biarkan selama 10 hingga 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk sehingga bersih. Hasilnya pasti cukup menakjubkan. Petikan dari laman hanasuva.

Garam juga mampu hilangkan jerawat. Disini.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *