Cari...

Tips Menarik

Kulit Pisang Banyak Manfaat Dalam Kehidupan Seharian

Kongsi

Jika anda makan buah pisang, jangan dibuang kulit pisang kerana banyak manfaat yang terdapat di dalamnya. Buah pisang merupakan buah-buahan pemberi tenaga yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan lain. Pisang mengandungi potassium yang tinggi yang baik untuk badan. Namun, kulit pisang pun ada manfaatnya. Biasanya kita ambil isinya kemudian kulitnya terus dibuang.

Sebaiknya, jangan dibuang dulu kulit pisang tersebut. Rugi kalau buang kulit pisang tanpa mengetahui manfaatnya. Apa tidaknya ada banyak ‘keajaiban’ tersembunyi yang boleh dimanfaatkan dari kulitnya. Dari menjaga kecantikan hinggalah kepada membersihkan barangan.

1. Mengurangkan Jerawat Dan Anti Kedutan

Foto: lifestyle.kompas.com

Kulit pisang mengandungi vitamin C, E , kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid  yang juga membantu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.

Caranya :

Gosok kulit pisang pada kulit muka dengan lembut dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah itu bilas dengan air. Lakukan cara ini dua kali sehari.

Berita baik untuk wanita, kulit pisang juga mampu melawat kesan kedutan pada wajah. Anti oksidan dan vitamin C dalam pisang dapat membantu mengurangkan timbulnya garis-garis kedutan.

Caranya : 

Gosok kulit pisang ke kulit muka anda terutamanya di bahagian yang sudah mulai hilang keanjalannya dan biarkan selama 30 minit atau semalaman. Lalu cuci muka dan lembabkan (dengan pelembab). Ulangi setiap 3 kali seminggu.

2. Pembersih Perak Dan Menarik Serpihan Kaca

Foto: lifehack.com

Jika barangan perak mulai kusam dan hilang kilauannya, anda boleh cuba bersihkannya dengan menggunakan kulit pisang. Zat potassium yang terkandung pada bahagian dalam kulit pisang mampu membersihkan peralatan atau perhiasan logam.

Baca juga  Khasiat Petai Yang Anda Tidak Tahu

Caranya: 

Ambil kulit pisang dan letakkan dalam blender/pengisar. Tambahkan setengah cawan air dan kisar sehingga menjadi pes. Gosokkan barangan perak korang dengan pes ni selama beberapa minit

Selain untuk logam, kulit pisang juga memiliki ‘keajaiban’ yang lain, iaitu membersihkan serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit. Kulit pisang kaya dengan enzim yang mempunyai tindakan menarik dan mampu menarik subjek asing yang termasuk atau tercucuk ke permukaan kulit kita.

Caranya: Sapukan kulit pisang masak ke kawasan yang terkena serpihan dan kemudian biarkan selama 15 minit.  Buang dengan lembut tanpa menggosokkannya pada kulit. Kemudian tanggalkan serpihannya.

2. Menghilangkan Kegatalan dan Parut Luka

Foto: scoopwhoop.com

Kulit pisang memiliki kemampuan untuk mengurangkan gatal-gatal pada kulit, kesan bengkak kemerahan dan kesan parut.

Caranya: 

Ambil kulit pisang dan sapukan kepada bahagian terkena, biarkan selama satu jam atau semalam. Ulangi setiap hari.

Anda tidak perlu beli krim gatal yang mahal untuk mengatasi kegatalan pada kulit. Kulit pisang boleh menjadi penawarnya. Kulit pisang mengandungi histamin dan khasiat seperti magnesium, vitamin C dan vitamin E . Gunakanlah kulit pisang untuk menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk atau serangga.

Caranya: 

Sapukan kulit pisang ke kawasan kulit yang gatal. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.

4. Pemutih Gigi dan Menghilangkan Sakit Kepala

Foto: lifealth.com

Kulit pisang yang sudah masak sangat kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangkan kesan kuning pada gigi.

Caranya: 

Setelah memberus gigi, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi selama 2 minit, bilas dan lakukannya pada setiap hari. Jadikan ia sebahagian dari rutin harian ketika menggosok gigi.

Jika hendak merawat pening atau migrain, kulit pisang ada manfaatnya. Anda hanya perlu meletakkan kulit pisang di dahi dan di belakang leher. Zat kalium yang dikandung dalam kulit pisang membantu meringankan rasa sakit kepala.

Baca juga  Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju Dengan 5 Cara Ini

Caranya: 

Masukkan kulit pisang ke dalam peti sejuk beku selama satu jam. Gosok lembut dan letakkan sebaris kulit ke dahi korang dan dan satu ke belakang leher Anda. Biarkan hingga menjadi hangat. Ulang lagi jika masih rasa sakit kepala.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *