Cari...

Info Menarik

Kucing Ini Ditahan Dan Disiasat Kerana Permit Palsu

Kongsi

Seekor kucing telah ditahan dan di siasat kerana permit kemasukkan ke negara ini mengelirukan dan di khuatiri palsu. Difahamkan, nombor mikrocip haiwan betina berkenaan tidak sama dengan yang dikemukakan menerusi permit importnya.

Kucing baka British ‘short hair’ tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) susulan permit import dikemukakan mengelirukan.

Kucing Ditahan

Ketua Pintu Masuk MAQIS Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Kargo, Mohamad Maelah berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan membabitkan 12 kucing diimport dari Russia di Kompleks Kargo KLIA Sepang 1 Ogos lalu.

kucing ditahan
Foto: Tribunnews.com

“Susulan pemeriksaan ke atas 12 kucing itu, didapati satu daripada import permit yang dikemukakan adalah mengelirukan dan MAQIS mengambil tindakan dengan menahan kucing berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] iaitu mengemukakan permit palsu, tidak tepat atau mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Maelah

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

kucing ditahan

Cerita lain berkenaan kucing, Kota Kucing Dibina Di Kawasan Hutan Di Turki.

Kota kucing ini di bina di kawasan hutan di wilayah Turki. Kucing merupakan haiwan yang manja dan senang bergaul dengan manusia. Kucing yang dibela dengan kasih sayang oleh tuan mereka pasti berasa sangat gembira dan sangat manja bila bertemu dengan tuan mereka.

Kota berkenaan terletak di wilayah Samsun di mana ia memberi peluang untuk kucing terbiar merasai pengalaman yang sama seperti kucing yang mempunyai tuan. Perbandaran Metropolitan Samsun telah membina pusat perlindungan itu di dalam kawasan hutan seluas 10,000 kilometer.

Baca juga  Vaksin Kucing Anda Sebelum Anda Terkena Virus Lyssaviruses

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *