Cari...

unik

Kucing Berwajah Sedih, Menjadi Tarikan Dan Ramai Peminat

Kongsi

Kucing ini sungguh unik, mana tak nya. Wajahnya yang sedih boleh membuat orang melihatnya sayu dan menyentuh hati bagi sesiapa yang melihatnya. Kucing ini sangat popular di Instagram.

Toby ialah seekor kucing British berumur enam tahun yang lahir dengan ekspresi wajah sedih. Percaya atau tidak, Toby sebenarnya sudah ada lebih 31,000 pengikut di akaun Instagramnya. 

Menurut laporan portal The sun, Toby diambil dan dipelihara di bandar Stroud, Gloucestershire di England oleh Georgina Price dan tunangnya, Christopher Lardner sejak bulan Oktober lalu.

kucing
Kucing berwajah sedih ini berdiri di atas sebuah sofa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram

Kucing berwajah sedih ini berdiri di atas sebuah sofa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram

Georgina mendapati Toby sebenarnya memiliki kulit menggeleber kerana satu keadaan yang dikenali sebagai sindrom Ehlers-Danlos (EDS).

“Kami belum pernah terdengar mengenai EDS sebelum menjumpainya (Toby). Kami tahu dia perlukan sebuah kediaman dengan kasih sayang dan kami ada banyak untuk diberi,” cerita Georgina. 

kucing
Sindrom EDS menyebabkan Toby kelihatan sedih sepanjang masa. Kredit: @tummyandgummy/Instagram

Toby menerusi laman Instagram sering berkongsi gambar dengan puluhan ribu pengikut.

Minggu lepas, Toby berkata: “Semua orang panggil saya kucing sedih. Jadi, lebih baik saya beri senyuman menawan supaya anda boleh lihat betapa gembiranya saya!” 

Bagaimana Toby boleh berkata?

Baca juga  Mulut Bengkak, 4 Gambar Sedih Kucing Disengat Lebah
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *