Cari...

unik

Kota Kucing Dibina Di Kawasan Hutan Di Turki

Kongsi

Kota kucing ini di bina di kawasan hutan di wilayah Turki. Kucing merupakan haiwan yang manja dan senang bergaul dengan manusia. Kucing yang dibela dengan kasih sayang oleh tuan mereka pasti berasa sangat gembira dan sangat manja bila bertemu dengan tuan mereka.

Foto: erabaru

Akan tetapi, lain pula bila kucing terbiar tanpa tuan di luar sana. Mereka selalunya menjalani kehidupan yang agak sukar. Oleh itu, maka terjadilah sebuah ‘kota’ khas untuk kucing terbiar.

Kota berkenaan terletak di wilayah Samsun di mana ia memberi peluang untuk kucing terbiar merasai pengalaman yang sama seperti kucing yang mempunyai tuan. Perbandaran Metropolitan Samsun telah membina pusat perlindungan itu di dalam kawasan hutan seluas 10,000 kilometer.

Foto: erabaru

Walau bagaimanapun, rumah perlindungan berkenaan tidak sesekali mendiskriminasi terhadap kucing – jenis baka, umur dan jantina, di mana kucing terbiar di jalanan akan dibawa ke rumah tersebut. Mereka juga akan diberi makan agar populasi mereka berada dalam keadaan terkawal. Di sana, kucing akan dilayan dengan baik mengikut keperluan mereka.

Foto: erabaru

Hüseyin Aydin merupakan seorang doktor veterinar yang terlibat dalam projek tersebut, di mana dia juga merupakan pengurus projek selain bertanggungjawab membina rumah itu bagi menyelamatkan kucing-kucing terbiar.

Foto: erabaru

Di sana, terdapat beberapa rumah, jambatan dan pelbagai aktiviti disediakan untuk kucing namun yang lebih penting adalah bagi mengekalkan tahap kesihatan mereka dalam keadaan yang baik. Mereka akan sentiasa diperiksa, dan kucing yang kurang sihat akan diberikan rawatan yang sewajarnya.

Foto: erabaru

Kota berkenaan buat masa ini dipenuhi oleh 50 ekor kucing namun bilangan itu dijangka akan bertambah pada masa akan datang. Kawasannya yang sungguh luas membolehkan kucing-kucing di sana memilih untuk bersama dengan kucing lain ataupun menghabiskan masa sendiri. Ia kedengaran sangat sempurna. Pasti tempat ini akan menjadi tarikan bagi penggemar kucing suatu hari nanti.

Baca juga  Wanita Ini Mempunyai Keupayaan Kebal Seperti Watak Marvel

Sumber: erabaru

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *