Cari...

Antarabangsa Gaya Hidup

Kisah Wanita Sanggup Ikat Wayar 4,000 kali Sehari

Kongsi

Sanggup ikat wayar pada besi demi anak-anak, begitulah kisah seorang ibu tunggal yang sanggup berkorban apa sahaja demi menghidupkan anak-anak. Bekerja keras memang suatu yang memenatkan, namun semua itu harus diketepikan kerana tanggungjawab sebagai ibu.

Pasti ada yang rela bekerja keras di bawah terik matahari, bangun seawal mungkin dan ada juga yang sanggup bersengkang mata tidak tidur semalaman demi mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak.

Bagi yang sudah tidak mempunyai suaminya, seorang ibu tunggal pastinya lebih terbeban kerana dia memikul dua tugas sekali gus. Dialah ibu dan dialah juga ayah.

Ramai ibu bapa yang tidak memiliki kehidupan dahulu yang pernah mereka ada. Dengan adanya anak-anak kehidupan mereka berubah 360 darjah. Kesemua perhatian diberikan kepada anak sehingga mereka lupa akan keperluan diri sendiri. Mereka juga akan melakukan apa sahaja demi anak-anak kerana itulah setiap titik peluh mereka adalah berbaloi.

Sanggup Ikat Wayar

Sanggup Ikat Wayar

Seperti kisah seorang wanita dari China ini, dia harus bekerja keras setiap hari, membanting tulang untuk memastikan kelangsungan hidupnya dan tiga orang anaknya. Pekerjaan yang dilakukan sangat berat dan tidak masuk akal untuk dilakukan oleh seorang wanita. Kerja mengikat wayar sebanyak 4000 kali sehari bukan tugas mudah. Jangan kata wanita, bagi kaum lelaki yang lebih kuat juga pasti akan mengatakan pekerjaan tersebut memang mencabar.

Berusia 47 tahun, Xu Yaling adalah seorang pekerja keluli di tapak pembinaan di Wilayah Hebei. Kerja harian Xu Yaling ialah membetulkan struktur keluli di tapak pembinaan dan mengikat struktur keluli dengan wayar besi kecil untuk mengukuhkannya. Xu Yaling memberitahu bahawa dia perlu mengikat lebih daripada 4,000 wayar setiap hari dan memperoleh gaji sekitar 190 yuan (sekitar RM 114) sehari.

Baca juga  BlackFly adalah Kereta Terbang Pada Masa Akan Datang
Sanggup Ikat Wayar

Xu Yaling mempunyai tiga orang anak. Anak perempuan sulung dan yang kedua sudah berkahwin manakala anak lelakinya yang berusia 19 tahun pula bekerja di sebuah restoran.

Xu Yaling berkata, anaknya yang berusia 19 tahun itu sudah hampir mencapai usia untuk berkahwin. Menurut adat kampungnya, lelaki itu mesti memberi wanita sekurang-kurangnya 66,000 Yuan (RM109,943) hadiah apabila dia berkahwin.

Sanggup Ikat Wayar

Xu Yaling berkata dengan senyuman bahawa dia bekerja keras adalah untuk menyediakan hadiah untuk anak-anak.

Rumah kecil dengan cara kontraktor

Cerita berkaitan dengan binaan

Lelaki ini membina rumah kecil dengan cara kontraktor sebenar membina rumah. Tular di media sosial facebook, satu video yang memaparkan tentang pembuatan rumah kecil dengan cara kontraktor yang sebenar. Begitu kecil bahan binaannya, batu bata, tiang rumah, tangga, tingkap dan pintu, semuanya seakan-akan benar.

Sumber: injurylawyernewportnews.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *