Cari...

Uncategorized

Kisah Wanita Sanggup Ikat Wayar 4,000 kali Sehari Demi Besarkan tiga orang anak Buat Ramai Tersentuh

Kongsi

Pasti ada yang rela bekerja keras di bawah terik matahari, bangun seawal mungkin dan ada juga yang sanggup bersengkang mata tidak tidur semalaman demi mencari rezeki dalam membesarkan anak-anak.

Bagi yang sudah tidak mempunyai suaminya, seorang ibu tunggal pastinya lebih terbeban kerana dia memikul dua tugas sekali gus. Dialah ibu dan dialah juga ayah.

Ramai ibu bapa yang tidak memiliki kehidupan dahulu yang pernah mereka ada. Dengan adanya anak-anak kehidupan mereka berubah 360 darjah. Kesemua perhatian diberikan kepada anak sehingga mereka lupa akan keperluan diri sendiri. Mereka juga akan melakukan apa sahaja demi anak-anak kerana itulah setiap titik peluh mereka adalah berbaloi.

Seperti kisah seorang wanita dari China ini, dia harus bekerja keras setiap hari, membanting tulang untuk memastikan kelangsungan hidupnya dan tiga orang anaknya. Pekerjaan yang dilakukan sangat berat dan tidak masuk akal untuk dilakukan oleh seorang wanita. Kerja mengikat wayar sebanyak 4000 kali sehari bukan tugas mudah. Jangan kata wanita, bagi kaum lelaki yang lebih kuat juga pasti akan mengatakan pekerjaan tersebut memang mencabar.

Berusia 47 tahun, Xu Yaling adalah seorang pekerja keluli di tapak pembinaan di Wilayah Hebei. Kerja harian Xu Yaling ialah membetulkan struktur keluli di tapak pembinaan dan mengikat struktur keluli dengan wayar besi kecil untuk mengukuhkannya. Xu Yaling memberitahu bahawa dia perlu mengikat lebih daripada 4,000 wayar setiap hari dan memperoleh gaji sekitar 190 yuan (sekitar RM 114) sehari.

Xu Yaling mempunyai tiga orang anak. Anak perempuan sulung dan yang kedua sudah berkahwin manakala anak lelakinya yang berusia 19 tahun pula bekerja di sebuah restoran.

Baca juga  Fasha Keguguran, Dalam Kesedihan Mohon Maaf Pada Suami

Xu Yaling berkata, anaknya yang berusia 19 tahun itu sudah hampir mencapai usia untuk berkahwin. Menurut adat kampungnya, lelaki itu mesti memberi wanita sekurang-kurangnya 66,000 Yuan (RM109,943) hadiah apabila dia berkahwin.

Xu Yaling berkata dengan senyuman bahawa dia bekerja keras adalah untuk menyediakan hadiah untuk anak-anak.

Sumber: injurylawyernewportnews.com

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *