Cari...

Hubungan

Bercinta Selepas Nikah Pilihan Abah

Kongsi

Kisah ini menceritakan tentang pasangan jodoh yang ditentukan oleh orang tua. Kebanyakan masyarakat Melayu terdahulu rata-ratanya membuat pemilihan calon pasangan melalui orang tua mereka.

Kadang kala pasangan yang dipilih oleh orang tua mereka mempunyai rancangan tertentu dalam memikirkan masa depan anak-anak mereka. Berikut adalah ceritanya:

Abah: Jadi, dah tentukan siapa yang kau nak kahwini?
Pemuda: Dah. Saya pilih yang berpurdah fullpackage.

Abah: Abah bantah sekeras-kerasnya.

Pemuda: Kenapa abah?

Abah: Abah nak kau pergi melamar perempuan yang baru habis STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah tu.
Pemuda: HAH? Ni masa depan saya. Abah tak boleh paksa!

Abah: Redha orang tua tahu! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manis ni.
Pemuda: Hm… Baiklah abah. Saya akur, rela dan redha.

Pemuda tu dah kenal sangat perempuan tu. Dengan seluar jeansnya, dengan t-shirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Langsung tiada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin,maka tinggallah si pemuda dengan perempuan tu.

Suami: Kalau saya suruh awak buat sesuatu, boleh tak?
Isteri: Boleh. Saya isteri awak sekarang.

Suami: Awak pakai purdah boleh tak?
Isteri: Boleh, tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran. Serius, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah.

Suami: Insyallah. (Rasa sebak dalam hati). Pemuda tidak menyangka, perempuan yang disangka buruk itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati ada berkeinginan untuk belajar.

Baca juga  Mengapa Wanita Banyak Mulut Menjadi Idaman Lelaki

Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: Terima kasih, abah.
Abah: Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?

Pemuda: Faham, abah. Anda mampu mengubahnya.
Abah: Salah tu. Anda mampu mendidiknya.

Pemuda dan abahnya ketawa bersama. Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga ke akhirnya. Yang jahil boleh jadi soleh dan solehah.



Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *