Cari...

Kecantikkan

Khasiat Madu Dalam Menjaga Kecantikan Wajah

Kongsi

Khasiat madu serta manfaatnya untuk kecantikan wajah telah lama digunakan ramai wanita di seluruh dunia. Selain dapat menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan jerawat, manfaat madu juga dapat melembabkan bibir yang kering. Berikut adalah kebaikan madu pada kecantikan kulit anda.

Madu merupakan bahan makanan kaya nutrisi serta bahan ubat semula jadi Bahan ini juga kerap digunakan sebagai kosmetik untuk mempercantik wajah. Banyak khasiat madu untuk wajah telah dimanfaatkan sejak zaman mesir purba dahulu kala.

Sebahagian dari kajian moden tentang madu yang baik untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan. Nabi Muhammad juga mengamalkan madu dalam kehidupan seharian. Selain itu, manfaat susu kambing juga baik untuk kecantikkan kulit.

Khasiat Madu Untuk Wajah

Membersihkan Liang Pori 

Enzim dalam madu asli memperjelas dan mempercantik kulit serta menjaga pori-pori agar lebih jelas dan lebih bersih. Sifat antibakteria madu asli dan minyak kelapa juga mencegah kehadiran bakteria yang menyebabkan ketidakseimbangan kulit dan jerawat.

khasiat madu
Prelo

Menghilangkan Sel Kulit Mati

Madu kaya dengan  kandungan antioksidan, enzim, dan nutrisi lain yang menyihat dan membersih dan melembapkan kulit. Ia juga boleh menghilangkan sel kulit mati disamping menjana penghasilan sel kulit yang baru.

Menyembuhkan Bekas Luka

Madu dikatakan dapat mencerahkan kulit kusam, dengan  membantu untuk mengurangkan penampilan bekas luka dan meningkatkan penyembuhannya. Ini kerana madu mempunyai kadar lembapan yang membantu menghidupkan kembali sel-sel kulit yang mati.

IDN Times

Mengatasi bibir kering dan pecah-pecah

Apabila bibir anda kering dan menggelupas, cubalah mengoleskan madu pada bibir anda. Ia dapat mengubati masalah bibir yang kering itu.

Lagi cerita menarik berkenaan dengan madu disini.

Baca juga  Telan 15 Balang Nutella Setiap Bulan Demi Miliki Punggung Terbesar
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *