Cari...

Info Menarik Kesihatan

Khasiat Kunyit Hitam Untuk Viagra Semula Jadi, Saraf dan Membina Otot

Kongsi

Pernahkah anda mendengar tentang kunyit hitam? Tentu anda jarang mendengarnya bukan? Kunyit merupakan herba popular yang menjadi kegemaran dalam pelbagai masakan, tetapi ia merujuk kepada kunyit biasa.

Menurut www.utusan.com.my, hal ini berbeza dengan satu lagi spesies kunyit yang dinamakan kunyit hitam. Kunyit hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang semakin popular di negara ini kerana kaya dengan khasiat semulajadi.

Khasiat Kunyit Hitam

khasiat kunyit hitam
Foto: youtube

Kunyit hitam di katakan dapat membantu mengatasi masalah kesihatan terutama berkaitan kanser, meningkatkan tenaga dan ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Ia sejenis kunyit yang sangat jarang ditemui, unik (rare) dan sukar diperolehi. Kandungan karkumin di dalamnya sangat baik sebagai bahan anti radang atau anti inflamasi bagi penyakit biasa dan kronik.

Banyak penerbitan jurnal antarabangsa juga memperakui bahawa kunyit hitam mempunyai 1,001 khasiat termasuk berpotensi dalam membantu mengawal kencing manis, mencegah atau merawat penyakit otot, memperbaiki fungsi otot serta mengawal berat badan.

Mengetahui tentang khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalankan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Pegawai Penyelidik Prinsipal dari Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi berkata, kajian pembangunan produk R&D kumpulan penyelidik dari MARDI dengan kerjasama Syarikat Black G Sdn. Bhd. berjaya menghasilkan produk daripada kunyit hitam.

Bahan aktif methoxyflavon yang terdapat dalam kunyit hitam bertindak dalam tubuh manusia bagi membantu, merawat dan memulihkan pelbagai penyakit.

Dengan itu, berdasarkan kajian sangat ditekankan bahawa produk standardized dengan kehadiran bahan aktif yang optimum memainkan peranan yang sangat penting bagi menjamin keberkesanan dan keselamatan sesuatu produk yang dihasilkan.

Baca juga  Kegunaan Lain Kapur Tulis Yang Anda Tidak Tahu

Menurut Zuraida, daripada kajian pembangunan produk di MARDI, bahan aktif yang bernilai tinggi iaitu methoxyflavone merupakan komponen utama yang terdapat dalam kunyit hitam. Bahan aktif yang paling tinggi adalah 5,7-dimethoxyflavone telah dijadikan sebagai standard marker iaitu penanda dalam setiap penghasilan produk.

Jika anda rasa kunyit hitam ini sangat bagus, sila kongsikan kepada saudara mara untuk mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan kunyit hitam. Anda juga boleh mencari produk yang berkaitan menerusi carian google.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *