Cari...

Kesihatan

Khasiat Grass Jelly atau Cincau Untuk Kesihatan

Kongsi
Grass Jelly

Khasiat Grass jelly atau dikenali sebagai cincau merupakan sejenis pencuci mulut atau manisan di Asia. Ia merupakan hasil dari tumbuhan daripada spesis Platosma palustre iaitu dalam keluarga pudina. Cincau selalu digunakan dalam minuman sejuk seperti cendol, topping, air soya ataupun bubble tea.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cincau ini dihasilkan bukan? Ia dihasilkan daripada proses pendidihan daun dan juga tangkai pohon Platostoma palustre (Mesona chinensis) yang sudah matang dan separa beroksida. Lalu disertakan dengan sedikit kanji dan potassium cabonate selama beberapa jam. Bahan didihan ini akan dibiarkan sejuk sehingga bentuknya seperti agar-agar. Selesai itu, ia akan bertukar warna menjadi gelap.

Selalunya agar-agar gelap ini akan di potong segi empat, atau di potong sesuai mengikut kehendak masing-masing. Minuman yang di campur dengan grass jelly ini sesuai diminum ketika musim panas. Apa yang lebih menarik dan menjadikannya sangat sesuai sebagai bahan untuk diletak dalam manisan atau minuman adalah jelinya sahaja sudahpun mempunyai bau yang wangi dan menarik. 

khasiat Grass Jelly

Khasiat Grass Jelly

Mengawal Kolestrol Dalam Darah

Keadaan kesihatan Dyslipidemia boleh dipengaruhi oleh diet harian yang tinggi dalam kandungan kolesterol dan ia juga penyumbang kepada jutaan kematian di seluruh dunia melalui serangan jantung dan juga angin ahmar (strok). Diet yang tinggi dalam kandungan serat adalah salah satu daripada intervensi tanpa ubat yang baik dalam mengawal paras kolesterol dalam darah, secara tidak langsung mencegah penyakit kardiovaskular yang disebut tadi.

Dalam satu kajian yang bertujuan untuk menyiasat kesan khasiat serbuk grass jelly mudah meruap sebagai antioksidan dan juga antidyslipidaemia dalam tikus Wistar, kajian tersebut mendapati bahawa walaupun diet yang tinggi dengan kolesterol diberikan kepada tikus-tikus tersebut, pengambilan 3 hidangan serbuk cincau mudah meruap didapati masih berjaya untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Keupayaan ini dikaitkan dengan kandungan serat boleh larut yang tinggi dalam cincau.

Baca juga  Cacing Parasit Dalam Usus Perut Mampu Bertelur 200,000 Telur Sehari

Serat yang boleh larut akan mengikat kepada asid hempedu dalam usus kecil, mengurangkan kemungkinan untuk ia diserap semula ke dalam badan serta mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Kolesterol yang rendah dalam darah adalah faktor pelindung daripada penyakit-penyakit berkaitan salur darah seperti penyakit jantung dan angin ahmar.

Mengawal Paras Gula

Dalam satu kajian yang turut menggunakan serbuk cincau mudah meruap, pengkaji cuba melihat keberkesanan kesan serbuk tersebut terhadap paras gula dalam darah dan juga histologi pankreas tikus kajian. Terdapat dua kumpulan tikus yang dikaji; kedua-dua kumpulan diberikan alloxan untuk mencetuskan penyakit kencing manis namun hanya satu kumpulan sahaja yang menerima dos serbuk cincau mudah meruap secara oral.

Selepas empat minggu, kajian tersebut mendapati bahawa paras gula dalam darah tikus yang menerima serbuk tersebut adalah lebih rendah (dalam kadar yang signifikan). Selain itu, dapatan histologi menemui tisu islets of langerhans dalam organ pankreas tikus yang menerima serbuk cincau kurang mengalami kerosakan dan kecederaan berbanding kumpulan tikus kawalan, mencadangkan bahawa terdapat peranan perlindungan yang dimainkan oleh pengambilannya. 

Mengawal Tekanan Darah

Daripada kesemua jenis enzim yang telah dikenal pasti memainkan peranan dalam kawalan tekanan darah, enzim angiotensin-I converting enzyme (ACE) telah dikenal pasti sebagai enzim utama yang membawa kepada peningkatan tekanan darah melalui aktiviti produk tindak balasnya iaitu angiotensin II. Oleh yang demikian, terdapat beberapa ubat antihipertensi yang tertumpu kepada penekanan enzim ini seperti ubat captopril dan juga ubat perindopril.

Fokus dalam mencari herbal dan ekstrak tumbuh-tumbuhan, keupayaan untuk menekan aktiviti enzim ACE ini adalah salah satu kriteria utama yang dicari. Dalam satu saringan tumbuh-tumbuhan dan herbal di Indonesia, para pengkaji menemui bahawa penggunaan ekstrak cincau daripada spesis palustris dalam kepekatan 100 bahagian per sejuta (100 ppm) berupaya untuk menekan aktiviti enzim ACE sebanyak 36.25%. Walaupun kebolehan untuk menekan aktiviti enzim ini tidaklah sekuat keupayaan ubat antihipertensi seperti captopril, ia merupakan satu penemuan yang berpotensi tinggi untuk menjanjikan kesan yang lebih baik dengan kajian susulan. Secara tidak langsung, pengambilannya mampu untuk bertindak sebagai kaedah atau intervensi tabiat yang mudah dan murah dalam mencegah penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.

Baca juga  Tumbuhan Lain Yang Mampu Merawat Luka Selain Gamat

Anti Kanser

Antioksidan adalah bahan kimia yang memainkan peranan penting dalam melindungi diri kita daripada penyakit-penyakit yang berpunca daripada kecederaan sel dan tisu akibat pendedahan kronik terhadap reactive oxygen species (ROS) dan juga bahan pemangkin kanser yang lain. Antioksidan telah lama dikaji dan dikenal pasti mempunyai kaitan yang rapat dengan pengaktifan sel-sel imun yang baik dan juga lata tindak balas sel.

Dalam satu model kajian in vivo yang membabitkan kanser yang dicetuskan oleh benzo(a)pyrene, pra-rawatan menggunakan ekstrak air daripada tumbuhan cincau khususnya pada dos 1000mg untuk setiap kilogram didapati mampu untuk mengurangkan insiden kanser sebanyak 57%. Di samping itu, ia juga berupaya untuk mencetuskan peningkatan dalam sel pembunuh semula jadi (natural killer cell), merangsang interferon γ (IFN-γ) dan juga sel T cytotoxic (CD8+), berbanding kumpulan kawalan yang dirawat menggunakan ubat antikanser cyclophosphamide.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *