Cari...

Kesihatan

Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Menghilangkan Jerawat Dan Parut Muka

Kongsi

Kiub Lidah Buaya mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Cuma perlu sapu di bahagian kulit yang berparut dengan lendir Lidah Buaya dan biarkan ia kering. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hasilnya kulit akan menjadi lembut, lembap dan cerah. Tambah pula lendir Lidah Buaya juga berkhasiat untuk mengecutkan jerawat.

Tetapi kali ini anda boleh guna khasiat lidah buaya ini dengan buat sendiri menjadi ketulan ais, perkongsian oleh TheSisters Cookingproject buat anda yang ada masalah kulit.

Nak kongsi pasal pokok Lidah Buaya, ramai yang tahu pokok ini banyak khasiat untuk kulit. Tapi kadang-kadang malas nak buat hari-hari. Jadi kita boleh bekukan supaya mudah untuk dipakai.

Cara Penggunaan:
Sapukan pada muka 3 kali seminggu. Insyaallah boleh memelihara dan memperbaiki kulit.

Potong pelepah Lidah Buaya yang besar dan banyak isi.

1. Buang duri kiri kanan tu dan kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam)
2. Ambil sudu dan kaut isinya masuk dalam mangkuk.

Ini isi Lidah Buaya yang dah keluarkan terus dimasukkan ke dalam blender dan kisar sehingga hancur. Tak perlu tambah air. Lepas kisar memang berbuih. Masukkan ke dalam acuan air batu dan bekukan di dalam peti ais.

Ilustrasi – Foto: TheSister

Bila nak guna keluarkan, sapu pada muka sampai ais itu cair. Biarkan kering pada muka, dia akan jadi seperti ‘mask’. Lepas tu basuh sehingga bersih. Kulit anda akan menjadi rasa segar dan lebih lembut.

Baca juga  Guna Pelaris Akhirnya Memakan Diri
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *